LIVE @WARTARAKYAT

Sunday, 15 April 2012

Siapa Benar, Siapa Tipu? : Nurul Halimin Cakap Yes, Sham Cakap No!!!


Kisah perkahwinan kedua Sham Kamikaze dengan Nurul Halimin ( kakak kepada Maulana – bekas pelajar Akademi Fantasia Kelapan – AF8) kini seolah menjadi misteri.

Sham yang aktif sebagai pendakwah bebas, telah menafikan beliau berkahwin lagi. Penafian dibuat melalu Facebook miliknya;

“Tolong faham saya ada keluarga yang begitu terguris dan berkecil hati dengan fitnah yang berulangkali dipaparkan tanpa rasa bersalah.

“Bagaimana agaknya perasaan anda sekiranya hal itu berlaku kepada keluarga anda?” Katanya.

Namun, Nurul pula bertindak sebaliknya dengan menegaskan mereka telah berkahwin.
Berikut petikan Twitter Nurul, hat-hati dengan bahasa yang digunakannya.

Mana Yang Betul : Nurul Kata Ya, Sham Kamikaze Nafi

Nurul adalah ibu tunggal beranak satu kelihatan agak tertekan dengan apa yang berlaku.
Namun, hendak percaya cakap siapa kini?

Di pihak Nurul tidak ada sijil nikah dan gambar perkahwinan, namun dia kelihatan bersungguh mengatakan ia berlaku. Di mana pernikahan berlaku pun tidak diketahui namun dikatakan ia telah dilangsungkan 16 Januari lalu.

Malah, Keluarga Nurul juga tampil mengesahkan perkahwinan tersebut telah berlaku.
Sham Kamikaze pula mengatakan apa yang tersebar adalah fitnah.
Kalau Nurul hendak marah pun dia pun pasal lah, namun harus disebutkan di sini dia kena tampilkan bukti yang jelas untuk menyokong dakwaan dia.

Dan Sham sebagai pendakwah bebas pula harus lebih tahu, andai mereka telah berkahwin tapi menafikannya, maka rujuklah dengan yang  lebih arif, kerana ada kemungkinan boleh jatuh talak dengan penafian seumpama itu.

Mana Yang Betul : Nurul Kata Ya, Sham Kamikaze Nafi
(Gambar: Sham bersama isterinya, Farazilla)

Apa pun, masa akan menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah.
(Sumber: Nescafeais.com)

1 comment:

tulvovuldo said...

benda yg baik kenapa nk di nafikan.

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013