LIVE @WARTARAKYAT

Wednesday, 9 May 2012

Hasan Ali Sedih Melihat Azmin!!!



Kenyataan yang dikeluarkan ibu kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali telah menggambarkan sikap sebenar Pemimpin tersebut secara keseluruhan dalam memimpin keluarganya itu.

Presiden Jalur Tiga (JATI) Dato' Dr. Hasan Mohamad Ali berkata, beliau sendiri mengikuti isu melibatkan keluarga Azmin sejak sekian lama dan menganggap ianya sangat kritikal jika tidak diselesaikan. Malah beliau mengakui sanggup menangguhkan seketika ceramah yang diadakan pada ketika itu semata-mata untuk menonton sendiri paparan yang disiarkan menerusi Buletin Utama di TV3 tersebut.

"Saya nak tunggu (kenyataan Ibu Azmin). Bukan nak tengok linangan air mata. Mimik muka emak Azmin menggambarkan situasi sebenar", katanya kepada pemberita pada Sidang Media di rumahnya di sini hari ini.

Hasan Ali juga menjelaskan beliau begitu yakin kenyataan yang dikeluarkan ibu Azmin itu bukan dipengaruhi dari mana-mana pihak apatah lagi dicurahkan sebarang wang ringgit menerusi UMNO sendiri. Baginya, apa yang dikeluarkan itu adalah curahan kasih sayang seorang ibu.

"Saya yakin apa yang dicurahkan beliau adalah curahan kasih sayang dan kecintaan yang mendalam, seorang ibu boleh berenang ke lautan api pun untuk menyelamatkan seorang anak", jelasnya lagi dengan nada kecewa. [ PAPARAN VIDEO KENYATAAN HASAN ALI DI SINI ]

Beliau yang juga seorang motivator keluarga menyarankan Azmin kembali ke pangkal jalan dan segera menemui ibu beliau agar dapat mengembalikan hubungan keluarga yang baginya amat penting dipamerkan sebelum diangkat sebagai seorang Pemimpin kepada masyarakat.

Ibu kepada Azmin Ali Che Tom baru-baru ini telah mengeluarkan rasa kecewanya terhadap ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali yang telah sekian lama tidak menemuinya akibat konflik keluarga. Kenyataan tersebut telah dipaparkan menerusi rancangan Buletin Utama, TV3.

alt

Dalam pada itu Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia turut memfailkan saman terhadap Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad kerana memfitnahnya.

Kedua-dua saman itu difailkan masing-masing di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 12 April lepas menerusi firma guaman Kamarul Hisham & Hasnal Rezua.

Hasan berkata saman terhadap mereka dibuat berikutan fitnah yang dilemparkan terhadapnya kononnya segala aktiviti dan 'roadshow' JATI mendapat dana daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berjumlah RM30 juta serta tajaan syarikat-syarikat tertentu.

"Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh kedua-dua ahli Parlimen Pokok Sena (Mahfuz) dan Shah Alam (Khalid) adalah berniat jahat, tidak berasas dan ditimbulkan sebagai sesuatu yang dirancang bagi memburukkan nama baik saya, JATI yang saya tubuhkan dan sekaligus cuba untuk merosakkan karier politik saya. Barisan peguam saya mendapati saya mempunyai kes yang cukup kuat untuk membawa kedua-dua ahli Parlimen tersebut ke mahkamah," katanya dalam sidang media di kediamannya, di sini hari ini. [VIDEO DI SINI]- KLpos

No comments:

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013