UMNO dan PAS... fikirkan sejenak...

Wednesday, 30 May 2012

@tankengliang Mula Tunjuk Taring Melawan MB!!! @dzainalabidin

Tan Keng Liang menimbulkan kemarahan PAS Kedah apabila kerap menimbulkan dan membongkar setiap perlakuan salahlaku pentadbiran ke atas Kerajaan Negeri Kedah.

Sekalung tahniah PM ucapkan kepadanya kerana bersungguh- sungguh untuk mendedahkan kebejatan yang berlaku di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah.


Sungguhpun begitu, disebalik kegembiraan dengan keberanian yang ditampilkan Tan Keng Liang di negeri kelahiran PM, sedikit mendukacitakan apabila memikirkan sumbangan dan usaha pemimpin MCA mahupun Gerakan Pulau Pinang yang masih gagal dikira walaupun digunakan hanya sebelah tangan bagi memenangi semula kepercayaan kaum cina di negeri Pulau Pinang ini.

Apakah perjuangan politik mereka hanya berasaskan bangsa dan bukan masyarakat keseluruhannya?

Adakah kerana DAP juga dikuasai oleh majoriti kaum cina, maka segala perjuangan untuk memartabatkan dan memulihkan kepercayaan rakyat keseluruhannya dan kaum cina amnya terhadap BN terbantut ditengah jalan dengan hanya kerana alasan mereka adalah sebangsa?

Bukalah mata dan bukalah minda, bukan agenda bangsa semata yang diperjuangkan BN tetapi keharmonian rakyat secara berbilang bangsa dan secara keseluruhannya.




No comments:

Post a Comment

Perhatian, Penggempur Mutiara Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Segala Komen Yang Anda Kongsikan Di Laman Blog Ini. Segala Komen Yang Di Kongsikan, Sekiranya Mempunyai Unsur Fitnah Dan Ugutan, Penggempur Mutiara Akan Keluarkan Daripada Senarai Komen. Harap Maklum...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013