LIVE @WARTARAKYAT

Wednesday, 30 May 2012

Video Terhebat Anwar Ibrahim vs Shamsidar Taharin Berdurasi 1 Jam 20 Minit : Kita Lihat Siapa Kuat Makan Aiskrim!!!


Ramai ingin tahu apa cerita video ‘panas’ babitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Shamsidar Taharin. Senator Datuk S. Nallakaruppan baru-baru ini menyerahkan pita rakaman kepada peguamnya Datuk Seri Shafie Abdullah untuk dijadikan bahan bukti di mahkamah nanti.
Bekas sahabat karib Anwar itu cuba tutup mulut untuk menyimpan rahsia Anwar dan isteri timbalan Presiden PKR, Azmin Ali itu walaupun diasak macam-macam soalan oleh wartawan dalam sidang media di pejabatnya di Segambut, Selasa.

Tujuan beliau memanggil sidang akhbar berkenaan adalah mengenai soal lain namun wartawan yang hadir rata-rata lebih berminat nak korek lebih lanjut isu pita video berkenaan.

Nalla jenuh bersilat menepisnya.Katanya beliau kena simpan semua jawapan itu termasuk apa kandungan video selama 1 jam 20 minit itu untuk perbicaraan mahkamah kelak.

Soalnya sekarang apakah motifnya sebagai rakan karib selama puluhan tahun, Nalla sanggup merakam aksi tidak bermoral Anwar.?

Menjawab soalan itu, beliau mendedahkan rakaman tersebut dibuat semata-mata untuk tujuan keselamatan kerana Anwar waktu itu adalah Timbalan Perdana Menteri.

“Saya jaga safety dia takut apa-apa berlaku pada dia,” tegas Nalla.
“Kalau saya mahu (saya sudah serah dulu lagi) , masa polis tangkap saya pada 1998, saya tidak serah (pada polis) saya tidak tunding jari pada Anwar, kalau tidak Anwar masih dalam penjara,” katanya.

Nalla menegaskan beliau tidak berniat jahat mendedahkan video tersebut sekarang.

“Sekarang saya bikin untuk negara. Kaki liwat tidak boleh (jadi) Perdana Menteri untuk negara ini. Itulah tujuan saya,” katanya.



Tujuan Video Di Ambil.
Dari Menjaga Safety Anwar Bertukar kepada Keselamatan Negara.

Ditanya sama ada beliau main-main saja dengan cerita pasal video Anwar-Shamsidar, Nalla menjawab,

“Saya tak main-main tetapi (dalam) tape dia main-main saya ada,”

Katanya, Anwar mana ada mengaku dia ada main-main, begitu juga dengan pendedahan video Datuk Eskay Abdullah.

“Video itu ramai orang tengok. Itu pun dia tak mengaku. Nanti pergi mahkamah, baru tahu macam mana dia makan ais krim. Saya kenal Anwar 30 tahun. Dia punya pusing saya tahu,” katanya.

Menjawab soalan, katanya, banyak orang percaya pasal video didedahkan Eskay tetapi mereka tidak bercakap.

Video yang ambil dalam format VHS itu dirakam di Tivoli Villa yang dikatakan menjadi ' tempat permainan' Anwar zaman beliau di puncak kuasa dalam UMNO dulu.

“Anwar Ibrahim mana mahu lari. Kita tengok di mahkamahlah,” katanya.

Nalla juga pelik Anwar tidak menyamannya bila beliau mendedahkan kes Anwar-Shamsidar.

Beliau mengulangi sanggup disaman RM500 juta oleh Ketua Pembangkang tersebut.

Anwar sebelum ini menyaman Nalla RM100 juta tetapi kes berlainan.

“Nantilah, saya sudah serahkan pada peguam. Nanti pergi mahkamah kita sama-sama tengoklah,” ujarnya.

Ditanya, sama ada beliau menyimpan lebih rakaman video babitkan perlakuan moral Anwar, katanya, satu atau banyak, boleh di lihat di mahkamah nanti.

Sambil seloroh katanya,

“jika semua saya sudah cakap sini, apa saya mahu cakap di mahkamah,”.

Dalam pada itu, Nalla menegaskan akan terus turut serta di pentas ceramah TIBAI menentang Anwar

Kredit : AgendaDaily

1 comment:

NutCrakcer said...

Salah satu dari keaiban Annuar yang akan di bongkarkan hanya kerana Solat Hajat bagi mengetahui kebenaran siapakah Annuar ini sebenarnya.

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013