“Antara pengalaman tidak dapat dilupakan ketika bekerja sebagai tukang urut adalah memberi khidmat urutan batin kepada remaja lelaki berusia 15 tahun dan seorang ‘datuk’ berusia 70 tahun.
“Memang menjijikkan, tetapi saya membuat pilihan bekerja di sini kerana mahu membesarkan anak yang kini berusia tujuh tahun,” luah Hani, 29, tukang urut tradisional dan batin yang mendedahkan kisah hidup serta pengalaman di tempat kerjanya, di sini.
Menurut Hani, lebih setahun bekerja di pusat urut berkenaan, dia ditugaskan memberikan khidmat urutan tradisional kepada pelanggan selain sanggup melakukan urutan batin dan berbogel demi mendapatkan wang tambahan.
“Pendapatan bekerja di sini memang lumayan kerana saya mampu meraih lebih RM4,000 sebulan. Sebelum ini hanya bekerja di hotel di Shah Alam dengan pendapatan RM1,000 sebulan namun ia tidak mencukupi bagi saya,” katanya.
Hani berkata, selepas bercerai dengan suaminya yang juga kaki judi pertengahan tahun lalu, dia berhenti kerja di hotel terbabit sebelum bekerja di pusat urut berkenaan selepas memikirkan masa depan dan persekolahan anaknya. -HM


No comments:
Post a Comment
Perhatian, Penggempur Mutiara Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Segala Komen Yang Anda Kongsikan Di Laman Blog Ini. Segala Komen Yang Di Kongsikan, Sekiranya Mempunyai Unsur Fitnah Dan Ugutan, Penggempur Mutiara Akan Keluarkan Daripada Senarai Komen. Harap Maklum...