UMNO dan PAS... fikirkan sejenak...

Saturday, 16 June 2012

Panas & Eksklusif!!! DAP Pulau Pinang Didedah Bercadang Jual Rumah Mampu Milik Pada Harga RM100k?!!! @dzainalabidin @NajibRazak @tunfaisal


Selepas pendedahan yang PM bersama rakan- rakan blogger lakukan  (KLIK SINI) berhubung kegagalan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP untuk memperuntukkan perumahan mampu milik khas untuk rakyat kurang berkemampuan, Lim Guan Eng sedaya upaya memulihkan persepsi buruk tersebut dengan mencipta propaganda bahawa telah banyak kediaman seumpamanya dibina untuk mengaburi mata rakyat.



Mengikut maklumat yang sampai ketelinga PM, Lim Guan Eng akan menghadiri satu upacara pecah tanah melibatkan 50 unit kediaman mampu milik di Indera Timbalan, Kepala Gajah pada 19 Julai 2012 ini sebagai satu simbolik agar rakyat melihat "keprihatinan" Kerajaan Negeri di bawah pimpinannya.


Sungguhpun begitu, berdasarkan perbincangan awal diantara pihak berwajib sesuatu yang tidak sedap didengar telah dikhabarkan kepada PM.


Mengikut sumber maklumat yang diterima, pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih cuba untuk mengaut keuntungan disebalik pembinaan rumah mampu milik tersebut. Kerajaan Negeri dikatakan cuba untuk menjual rumah mampu milik tersebut dengan harga yang PM rasakan bakal membebankan rakyat marheinis tanpa mengira bangsa.


Mengikut perbincangan awal, dikatakan Kerajaan Negeri berhasrat dan berkemungkinan menjual kediaman berkenaan dengan harga mencecah RM 100,000.00. Dengan harga sedemikian rupa, rakyat sudahpun berupaya memiliki rumah teres sedangkan Kerajaan Negeri masih cuba untuk memperbodohkan rakyat dengan harapan dapat mengaut keuntungan.


Dengan perlaksanaan harga seperti itu, Lim Guan Eng bukan sahaja layak untuk digelarkan sebagai Si Lidah Biawak, malahan dia juga bersifat seperti Dracula yang menghisap setiap denyut nadi rakyat Pulau Pinang!!!

No comments:

Post a Comment

Perhatian, Penggempur Mutiara Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Segala Komen Yang Anda Kongsikan Di Laman Blog Ini. Segala Komen Yang Di Kongsikan, Sekiranya Mempunyai Unsur Fitnah Dan Ugutan, Penggempur Mutiara Akan Keluarkan Daripada Senarai Komen. Harap Maklum...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013