LIVE @WARTARAKYAT

Sunday, 17 June 2012

Terkini!!! Mahasiswa Penderhaka Sultan Johor Bakal Di Hukum Gantung Sampai Mati?!!!

PASIR GUDANG – Kementerian Pengajian Tinggi menyerahkan kepada Universiti Malaya untuk mengambil tindakan terhadap pelajarnya yang didakwa menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau difahamkan pelajar itu, Haziq Abdullah Abdul Aziz, kini digantung pengajian kerana terlibat dalam Demonstrasi Mansuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) pada 14 April lepas.

“Sebagai pelajar, dia patut sensitif dan patut tahu suasana persekitaran negara dan sebagainya… terpulang kepada universiti (untuk ambil tindakan),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Borang Notis 5A kepada 75 penduduk Kampung Pasir Gudang Baru di sini, Ahad.

Haziq dipercayai mempertikai tindakan Sultan Johor, yang murka terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin berhubung isu pembidaan nombor plet kenderaan WWW1, di laman sosial Twitter miliknya pada 15 Jun lepas.

Pengajian pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Undang-undang itu digantung selama satu semester mulai September ini. BERNAMA
Published with Blogger-droid v1.6.9

No comments:

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013