LIVE @WARTARAKYAT

Monday, 16 July 2012

Panas!!! Premis Urut Bogel Klang Diserbu!!!



KLANG - Hasrat 10 wanita warga China untuk memberikan khidmat urutan badan ke badan (B2B) sebelum membenarkan diri mereka diratah pelanggan terbantut apabila mereka dicekup dalam serbuan Ops Noda di sebuah pusat kecantikan di Lorong Batu Nilam 10 A, Bandar Bukit Tinggi, di sini, awal pagi semalam.

Ketua operasi, Asisten Superintendan Emmi Shah Fadhi berkata, menerusi operasi itu yang dijalankan pasukan dari Bahagian Risikan dan Operasi Pencegahan Jenayah (NKRA), Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor,  pihaknya menahan 10 wanita Warga China yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 35 tahun.

“Dua daripada mereka hanya mempunyai pas lawatan tetapi tiada permit kerja manakala lapan lagi tidak mempunyai permit.

“Selain itu, kita turut menahan dua penjaga premis warga tempatan berusia 40-an dan juga lima pelanggan yang sedang mendapatkan khidmat urutan di premis itu,” katanya.
Berdasarkan siasatan, katanya, tukang urut itu memberikan khidmat (B2B) dengan harga RM130 manakala pakej seks dan B2B dengan harga RM 180 selain turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

“Ketika serbuan dilakukan kebanyakan wanita yang ditahan itu sedang asyik melayan pelanggan di bilik khas yang disediakan.

“Kita telah mengepung pusat kecantikan ini sebelum menyerbu masuk ke pusat berkenaan tanpa disedari tukang urut terbabit,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan serbuan kali ini adalah susulan risikan ke atas premis yang dilakukan selama tiga hari hasil maklumat orang awam.

“Berkat kerjasama tujuh anggota dan seorang pegawai dalam operasi ini telah mendorong kepada penahanan kesemua yang terlibat aktiviti pelacuran di pusat tersebut,” katanya.

Emmi berkata, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk siasatan lanjut. - Sinar

DAP dan Pakatan di Selangor berada dalam ekadaan cukup noda dan Dosa... Apa yang mereka buat sehingga rumah Urut tumbuh macam cendawan...? Mana peranan PAS selain berceramah di masjid-masjid...? Adakah DAP sengaja untuk menjadikan ORANG SELANGOR Terus berdosa...?

Fikirkan....

Jomo Malaya.

No comments:

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013