Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tindakan wakil rakyat DAP termasuk isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng (DAP-Kota Laksamana) meninggalkan dewan sebelum sidang DUN bermula membuktikan mereka tidak berani menghadapi kenyataan.
"Kalau dia (Betty) tidak bersalah kenapa dia nak lari. Baru kena sikit dah tak boleh tahan. Buat apa nak cerita di luar dan sebagai wakil rakyat elok beri penjelasan di dalam dewan.
Mohd. Ali (BN-Bukit Baru) mengulas mengenai tindakan lima wakil rakyat daripada DAP yang bertindak keluar dewan sebelum persidangan bermula.
ADUN daripada DAP diketuai oleh Goh Leong San (Kesidang) mengambil tindakan keluar dewan selepas tidak berpuas hati terhadap Speaker DUN, Datuk Othman Mohamad ekoran penyiaran gambar Betty dalam akhbar Utusan Malaysia berhubung isu seorang wanita yang dikaitkan dengan suaminya.
Mengulas lanjut tuduhan wakil rakyat pembangkang itu ke atas Othman sebagai konspirasi dengan pihak media, Mohd. Ali berkata, ia tidak berasas langsung.
"Sebenarnya baik Betty atau rakan DAP yang lain tidak berani untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Tian Loo," ujarnya. _MPP 0NLINE



No comments:
Post a Comment
Perhatian, Penggempur Mutiara Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Segala Komen Yang Anda Kongsikan Di Laman Blog Ini. Segala Komen Yang Di Kongsikan, Sekiranya Mempunyai Unsur Fitnah Dan Ugutan, Penggempur Mutiara Akan Keluarkan Daripada Senarai Komen. Harap Maklum...