Parti Anjing Suruhan (PAS) membuktikan bahawa perancangan negara Islam dan terkini negara berkebajikan adalah sebagai sebuah retorik kosong tanpa perlu bersandarkan kepada manifesto Pakatan Rakyat.
Terbaru, PAS menegaskan bahawa perlaksanaan negara Islam/ berkebajikan tidak akan dilaksanakan dan akan patuh terhadap semua pernyataan yang terkandung di dalam buku jingga.
SHAH ALAM: Pakatan Rakyat tetap berpegang kepada persetujuan dicapai dalam Buku Jingga di mana pelaksanaan hukum Hudud di negara ini tidak terdapat dalam dasar yang dipersetujui bersama oleh parti komponennya, PAS, PKR dan DAP.
Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata demikian apabila diminta memberi komen mengenai cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat supaya hukum hudud dilaksanakan di Johor.
“Daripada sudut PR, kami masih berpegang kepada pendirian sebelum ini. Saya sedang meneliti kenyataan pelbagai pihak dalam isu ini,” katanya.
PR telah menyatakan pendiriannya secara bersama bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama sehingga parti komponennya bersetuju.
Sementara itu, PAS Selangor semalam ketika dihubungi portal ini berpendirian akan tetap melaksanakan hukum Hudud namun bergantung kepada ketetapan masa untuk rakyat menerima penjelasan sepenuhnya sebelum ianya dilaksanakan.
Walau bagaimanapun menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat berkata keputusan tersebut terletak ditangan kepimpinan PAS negeri.
Malah beliau turut mendakwa Umno sengaja membangkitkan semula isu pelaksanaan hukum hudud bagi mencetuskan pergolakan dalam Pakatan Rakyat (PR).
Terdahulu, PAS Johor menyokong tindakan Ayub yang mengusulkan agar negeri itu melaksanakan hukum Hudud yang sebenar.
Ayub membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor ke-12, bulan lalu.
Pendirian ADUN Kemelah itu memberi tamparan kepada PAS yang dilihat beralih arah apabila terpaksa mengikut telunjuk rakan pakatan lain menolak Hudud terutamanya DAP. - Antarapos


No comments:
Post a Comment
Perhatian, Penggempur Mutiara Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Segala Komen Yang Anda Kongsikan Di Laman Blog Ini. Segala Komen Yang Di Kongsikan, Sekiranya Mempunyai Unsur Fitnah Dan Ugutan, Penggempur Mutiara Akan Keluarkan Daripada Senarai Komen. Harap Maklum...