(Islam sesuai untuk sepanjang zaman, jika ada cara yang lebih berkesan dalam berdakwah, sudah tentu Allah akan ajar 124 ribu Nabi dengan dakwah cara yang paling berkesan itu kerana Allah Maha Mengetahui..)
Soalan pembaca:
Salam, Hamka, aku pening tengok video ini, boleh ke menyanyi sambil main gitar letrik dalam masjid macam dalam video ni, tolong jawab. kepala saya pening.
Hamka keretamayat said:
Salam, aku juga minat muzik, aku pandai main gitar, lagu ni pun aku hafal, suasana ni kena dengan jiwa aku,
Tapi bila bab nak menyanyi dalam masjid ni, selepas merujuk Buznama dan kitab kita ugama, akhirnya walau aku yang bukan ustaz dan berjiwa rock minat lagu Cromok ni pun tak setuju, bagi aku, nak menyanyi, eloklah di luar masjid, bukan di tempat solat,
Bab gitar atau alat muzik bertali, ada ulamak cakap haram dan ada ulamak cakap harus, boleh rujuk kitab, tapi bab MAIN GITAR DALAM MASJID, dengan niat berdakwah adalah kejahilan yang sangat besar, ni dah jadi macam gereja, berdakwah guna drum, seruling, terompet..., konon nak buat orang insaf mengalir air mata, apa kalimah Allah tak cukup buat korang menangis? itu tanda hati gelap, tak perlu pada alat muzik nak buat insaf menangis sebab Islam sesuai untuk sepanjang zaman, jika ada cara yang lebih berkesan dalam berdakwah, sudah tentu Allah akan ajar 124 ribu Nabi dengan dakwah cara yang paling berkesan itu kerana Allah Maha Mengetahui..., jangan nak guna fatwa kaum kera dalam bab ugama..
Aku harap video tu bukan di masjid, mungkin dewan sekolah (aku cuba baik sangka) sebab dalam masjid ada adab yang Nabi dah ajar, bunyi patahkan jari lenguhpun Nabi larang, apatah lagi petik gitar.., niat tidak menghalalkan cara, okey!..
Kau tanya soalan ni semalam (16 julai 2012) bersama link youtube bertarikh 15 julai 2012, aku ingat benda ni baru dan akan hangat di web UMNO atau PAS minggu ni, tapi lepas search google, rupanya video ni dah lama, JUN 2011 tahun lepas dan ada di youtube.., dan aku ingat video ni anjuran UMNO yang jahil ugama, tapi rupanya anjuran PAS (berdasarkan komen di youtube) dan bertambah yakin aku bukan anjuran UMNO kerana takde isu ini di web Pro Pembakang, jika UMNO yang buat, aku rasa tentu dalil haram menyanyi dan bermain alat muzik akan berdengung dengung dalam Harakah, tapi sebab anjuran PAS (sekali lagi, berdasarkan komen di youtube), maka banyaklah fatwa kaum kera yang berdengung membenarkan aksi di atas, macam macam hal korang ni..


3 comments:
yang pasti jawapan dari pas,BOLIH!!!!!!sebabnyo tuhe pung main muzik gok.......
Wal haram mu, wal halal ku.
Mana Hadis @ ayat A-Quran yang mengatakan Bermain gitar itu HaraM?.. Tolong... bagitau?..
Post a Comment