UMNO dan PAS... fikirkan sejenak...

Thursday, 16 August 2012

Gempar!!! Ulama Masyhur PAS Kantoi Berbohong!!!


Sebentar tadi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat melalui kenyataan medianya menafikan sekeras- kerasnya bahawa beliau pernah menggesa agar Ustaz Nasharudin Mat Isa keluar dari PAS.

Kesalahan itu cuba diletakkan bulat- bulat ke atas bahu pengendali portal- portal berita tertentu.

Berikut adalah kenyataannya sebentar tadi;




PETALING JAYA – Selepas dilaporkan mengeluarkan kenyataan ‘keras’ membabitkan Nasharudin Mat Isa, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Khamis menafikan beliau menggesa bekas Timbalan Presiden PAS itu keluar daripada parti. 
Mursyidul Am PAS itu sebaliknya menyalahkan media dan mendakwa menyiarkan berita salah mengenai kenyataannya berhubung kontroversi yang dicetuskan Nasharudin apabila menggesa parti itu keluar pakatan pembangkang berikutan pendirian DAP dalam isu hudud. 
“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan menggesa sesiapa keluar daripada parti seperti yang dilaporkan oleh portal-portal tertentu. "
“Soal keluar parti bergantung kepada individu itu sendiri atau keputusan PAS Pusat,” katanya yang dipetik daripada laman sosial Facebook. 
Selain itu Nik Abdul Aziz berkata beliau enggan mengulas lanjut mengenai gambar Nasharuddin seperti yang disiarkan media apabila menyertai Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi. 
“Dalam hal kontroversi yang melibatkan pemimpin PAS yang dikatakan bersama-sama pemimpin Umno di Mekah, saya tidak mahu membuat apa-apa komen. 
“Pada saya, sikap saya sudah jelas dan semua pihak sudah memahaminya,” kata beliau tanpa menjelaskan mengenai sikap sebenarnya berhubung isu tersebut. 
Penjelasan Nik Abdul Aziz itu dibuat selepas media hari ini melaporkan beliau mengeluarkan kenyataan bahawa tidak hairan jika Nasharudin keluar daripada PAS setelah Ahli Parlimen Bachok itu dilihat bersama Najib di Mekah baru-baru ini. 
Nik Abdul Aziz juga dilaporkan berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti. 
Sebelum itu gesaan Nasharudin yang meminta PAS menyatakan pendirian tegas berhubung penghinaan Pengerusi DAP, Karpal Sigh dalam isu hukum hudud disambut dengan perasaan marah pemimpin PAS. 
Malah Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Abdul Aziz. -MStar

Berdasarkan kenyataan di atas, Nik Aziz cuba untuk menonjolkan sifat alim- alim kucing seolah- olah dirinya maksum dari melakukan kesalahan.

Namun, sedarkah kita bahawa kenyataan yang dikeluarkannya itu adalah bohong semata- mata kerana beliau pernah mengambil tindakan mendesak Ustaz Nasharuddin Mat Isa meletakkan jawatan 3 tahun yang lepas ketika isu perpaduan diantara PAS-UMNO hangat diperkatakan.

Berikut adalah keratan laporan tersebut yang diterbitkan Sinar Harian;

KOTA BHARU 17 Jun 2009 – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Nasharudin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden Pas dan Ahli Parlimen Bachok jika masih meneruskan hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan. 
Nik Abdul Aziz turut meminta Nasharudin supaya keluar daripada Pas dan menyertai UMNO kerana tindak-tanduknya itu lebih banyak menimbulkan kecelaruan kepada ahli parti itu. 
Beliau dengan nada marah menyifatkan pemimpin nombor dua Pas itu sebagai tidak bermoral kerana telah membuat ‘sampah’ dalam parti tersebut.

Sifat lidah bercabang Nik Aziz ini semakin menjadi- jadi rupanya semenjak berkawan dengan DAP. Jika dibandingkan dua artikel yang PM kongsikan ini, terbuktilah bahawa Nik Aziz berbohong!!!

1 comment:

  1. Pas memangnya bukan islam tapi ejen kristian macam arab kristian. Orang islam dilaga-lagakan, ayat allah di songsangkan, melayu islam dikafirkan, derma org islam disonglapkan dan macam-macam cara untuk untuk menyesatkan islam di tanah melayu. Skrg dapig adalah khalifah mereka dan Jesus Christ tuhannya. Takebeer! takebeer! takebeer!!!

    ReplyDelete

Perhatian, Penggempur Mutiara Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Segala Komen Yang Anda Kongsikan Di Laman Blog Ini. Segala Komen Yang Di Kongsikan, Sekiranya Mempunyai Unsur Fitnah Dan Ugutan, Penggempur Mutiara Akan Keluarkan Daripada Senarai Komen. Harap Maklum...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013