UMNO dan PAS... fikirkan sejenak...

Saturday, 11 August 2012

Panas!!! Guru Di Malaysia Bakal Di Arahkan Ikuti Pelajaran Khas!!! @NajibRazak @Muhyiddin_myg


PM percaya pasti ramai golongan pendidik akan berasa geram dengan apa yang PM perkatakan ini. Namun untuk berlaku adil kepada penjawat awam yang lain, PM gagahkan juga menulis entri ini.

PM juga percaya golongan pendidik yang menjadi pengikut setia blog ini bakal melabelkan PM sebagai individu yang membenci individu lain yang bergelar guru berdasarkan entri ini dan entri PM sebelumnya (KLIK SINI)

Sejujurnya PM akui amat kesal dengan personaliti yang ditampilkan sebahagian besar individu yang bergelar pendidik.

Manakan tidak, berdasarkan pemerhatian yang PM lakukan, kebanyakan daripada mereka ini adalah pendokong tegar ideologi yang dibawakan Pakatan Rakyat. Malahan setiap tindak tanduk kerajaan dilihat membebankan bagi mereka.


Terbaru, tindakan kerajaan yang mengumumkan cuti gantian persekolahan sempena Hari Raya Aidilfitri di awalkan sehari dari 17 Ogos kepada 16 Ogos telah membuatkan sebahagian golongan pendidik ini meroyan sakan di ruangan komentar Akhbar Sinar Harian melalui akaun facebook miliknya.




Pada pemikiran PM, seharusnya golongan pendidik ini merasa dan melahirkan seribu kesyukuran kerana permintaan dan kebajikan mereka amat dititik beratkan oleh pihak Kerajaan jika mahu dibandingkan dengan penjawat awam yang lain.

Sudahlah gaji yang diperolehi tinggi melangit, tugasan hakiki mengajar murid hanyalah separuh hari jika mahu dibandingkan dengan penjawat awam lain yang bertugas setengah mati 8 jam sehari.

Malahan, berdasarkan pemahaman PM, ketika murid- murid bercuti pertengahan atau akhir penggal, para pendidik ini masih juga perlu menghadirkan diri ke sekolah. Akan tetapi, secara jujurnya guru juga bakal menghilangkan diri bercuti bersama keluarga tercinta berbanding menghadirkan diri ke sekolah dengan alasan tiada tugasan untuk dijalankan kerana murid- murid bercuti. Jumlah yang benar- benar hadir ke sekolah ketika cuti pertangahan dan akhir penggal berani PM katakan hanya dapat dikira dengan jari kaki.

Nah, dengan kelonggaran sebegitu, masih rasionalkah sebahagian besar daripada mereka ini mempertikaikan  sedikit sebanyak kelemahan kerajaan?

Paling menyakitkan, admin kepada akaun tersebut juga dengan semberono tanpa sebarang bukti menuduh kerajaan mengamalkan korupsi. Inilah natijahnya apabila golongan pemikir terlalu bodoh untuk menilai sewajarnya. Terus sahaja menelan tohmahan dari Pakatan Rakyat.

Pada pandangan PM, golongan pengajar seperti mereka ini seharusnya diwajibkan mengikuti kelas yang mengajar tentang adab membalas budi dan jangan bersikap seperti "Anjing Tersepit Yang Dilepaskan".

Untuk membaca komen dari sebahagian mereka yang kurang mahu berterima kasih sila KLIK DI SINI dan scroll ke bahagian komentar.

Apakah permasalahan sekecil zarah seperti ini harus diperhalusi oleh kerajaan? Jawapannya tidak!!!

Lebih ramai penjawat awam profesion lain yang berasakan diri mereka di anaktirikan dan memerlukan pebelaan sewajarnya berbanding guru, polis mahupun tentera oleh Kerajaan Malaysia.

PM : PM Tetap Menghargai Jasa Setiap Guru Yang Pernah Mengajar PM Sebelum Ini, Namun Tenaga Pengajar Yang Bersikap Talam Dua Muka Seperti Ini Seharusnya Diberikan Lebih Pelajaran Agar Tahu Untuk Mengucapkan Terima Kasih!!!

20 comments:

  1. Weii..aku pun cikgu juga tapi tak bengong mcm mu tu wahai Cikgu mohd Ridhuan yg bahlol, bodo, bengong, kalau kerajaan kasi cuti tu terima saja lah. apa kejadah nya kalau engko dah beli tiket pun, engko rehat kat rumah seharian sebelum naik flight keesokkan harinya. Cikgu ni kena sunat sekali lagi baru dia akan faham. Mu berhenti kerja balik motong getah baru mu tahu teruk atau tak nak dapat RM100 sehari. Pehhhh..bodo

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..setuju, aku rasa cikgu Mohd Ridhuan tu B.Melayu SPM kertas Julai kot..haha. bongok punya cikgu. Orang kasi cuti pun nak salahkan kerajaan lagu. Buat sekolah sendiri lah woooii..engko boleh balik kampung hari2 tak payah tgu cuti raya. Pikir lah sama aku dah 3 tahun tak dapat balik cuti raya kat kg sbb bertugas membantu mangsa2 kemalangan jalanraya. Cikgu Keparat..tak kenang budi.Pigiiii Rahhhh..Aku cabor kau berhenti kejo kalau berani

      Delete
    2. Kewujudan blog dan komentar sebegini akan menyebabkan guru-guru di seberang laut rasa terhina dan tercabar serta cenderung untuk dipengaruhi dakyah pembangkang... seharusnya blogger dan orang yang memberikan komen tu fikir sebelum membuat ulasan... silap hari bulan Kerajaan akan jatuh kerana tindakkan saudara ini dan hak orang melayu dan Islam di cabuli.... siapa yang bersalah??? ANDA SEMUA BERSALAH!!!

      Delete
    3. Disebabkan pandangan seperti saudara Pemuda UMNO lah golongan seperti ini semakin melampau.. bukan tujuan saya untuk menghina atau mencaci, tujuan saya sebenarnya adalah untuk menyedarkan mereka yang masih terlena!!!

      Delete
    4. Ngapa cikgu yang sorang ini bangang dan bebal. Sapa suruh tukar tiket. Dah gomen, bagi cuti tu terima sajalah. Kecoh sangat nak tukar tiket tu kenapa benda bodoh sangat cikgu ni. Kalau nak tukar bayar saja caj tambahan - kalau itu pun nak bising memang inilah guru yang jenis banyak komplain. Cuti yang gomen beri tu tak menjejaskan jadual penerbangan pun! Jadual penerbangan Air Asia ke MAS ke tak berubah kerana cuti awal tu! Apa masalahnya si bebal dan si bangang ni!

      Delete
    5. KPM n krjaan perlu peka dgn cuti perayaan....xkira raya apa pon....jgn wat kptusan last minit.....

      Delete
  2. Patutlah mentaliti sebagai pemuda UMNO cam ni menjadikan Pemuda Lesu! .... HABUK! ... x aggressive.. TIDUR !

    Patutlah Peranan Pemuda UMNO di ambil alih NGOs! ... MALU!

    ReplyDelete
  3. aku kalu jumpa cikgu bodo tu..mau aku jubor je dia..biar dia mengangkang baru tau..

    ReplyDelete
  4. kerja separuh hari ya.. cubalah jadi guru dan anda akan tahu betapa ada antara kami yang bekerja sehingga 10 malam setiap hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun cikgu jugak...keje ape yg ko buat sampai 10 MALAM SETIAP HARI????SETIAP HARI???nyatakan....KEJE2 YG KO BUAT TU???xyah nak tunjukkan KESUSAHAN sangat...sepanjang aku bertugas sebagai cikgu...takdela seSUSAH yang kau cube bayangkan kat org2 yang bukan cikgu ni...kamon laaaa..kalau susah sangat ko berenti keje jangan jadi cikgu...jadi PAM ATTENDEN MINYAK je...k????

      Delete
  5. Bab kerja setengah hari tu saya tak setuju.. Bukan semua sekolah balik setengah hari.. cuma dua sesi.. suami saya balik pukul 4.. masuk keja pukul 7.. jadi kalau kira 8 jam patut pukul 3 dah balik...

    ReplyDelete
  6. Cuti ni cuti berganti.perkara spt ni penah berlaku dulu yg mn berlaku terlepas pandang ttg cuti gawai n keamatan di sabah n sarawak.akhirnya sekolah perlu mencari resolusi utk menangani kehendak ibubapa yg meraikan cuti n juga masalah ponteng di kalangan murid kerana isu cuti ini.spt mana cuti kali ini,masalah sma turt timbul.yg diluahkan oleh si pemilik fb ada kaitan ttg perancangan.utk mklm yg xtau,ada murid telah pn bercuti,masalah ponteng telah berlaku.malahan kbykn sekolah melaksanakan peperiksaan pertenghan penggal 2 yg mana ia telah terangkum di dalam 1 tahun perancangan tahunan.apabila berlaku perubhan saat2 akhir,permintaan ibubpa terhadp makluman kerajaan menybabkn institusi sekolah dipersalahkan lg kerana xmengikut arahan sedangkan cuti yg kerajaan jelaskan ialah cuti berganti dgn plhn sama ada sekolah nak atau.x.jika nk,perlu mnghantar surat memohon cuti berganti tersebut.akhirnya jika sekolah xambil cuti,murid lbh dahulu mengambil cuti dgn sokongan kuat ibubapa.semua dari kita berada di lapangan kerja berbeza dgn masalah yg berbeza.xperlulah diungkit kelebihan n kekurangan sesuatu kerjaya.jika anda semua nk marahkan kerjaya masing2 n bandingkan kerjaya masing2,xperlulah buat kerja sbb dlm hati itu ada rasa xsenang terhadap rezeki masing2.luahan fb yg dihighlightkan ini sbnrnya bg guru yg bertugas di sebarang laut,xkira dr semenanjung@sabah@sarawak.semua ada kampung hlmn.semua tlh merancang pulang ke kg.apabila melibatkan nilai rm yg tinggi dlm perancangan,guru ini menahan rasa kerana xmampu berbuat apa2.tiket bkn boleh ditukar tanpa byrn.bg yg beruung,duit bukan masalah.tapi setiap dr kita punya isu kewangan tersendiri n isu kekelaurgaan tersendiri.maka percaturan duit n masalah lain berlaku.cuba jika guru ini guru sabah sarawak@kaum lain,memarahi kerajaan dlm bahasa yg kita xfhm.sbnrnya sudah lama subversif wujud kerana keengganan kita memahami masalah org n angkuhnya kita dgn pendirian diri sendiri kerana terlalu lama berada pada satu keadaan selesa n cenderung menyalahkan org.bukalah mata hati n fizikal utk belajar menghormati n memhami sesama manusia.apa2pn tq admin kerana pokok utama yg ditekankan disini rasa xpuas ht terhdp guru ygdpt cuti.sy terpanggil menjawab bila mana admin menyebut isu yg lain dr yg dihighlightkn lerana ia mula menjejas kredibiliti satu kerjaya.sy maklum ttg kerjaya lain n mslh yg tinbul.tp sy xberminat mennyebutnya di sini kerana setiap dr kita ada helah bela diri yg ibarat kanak2 menuding jari ke arh org lain apabila telah melakukan kesalahan hanya utk nenyelamatkan diri sendiri.tq.

    ReplyDelete
  7. saya juga bersetuju kebanyakkan pendidik adalah pro pembangkang...heran btl..sokong n taksub giler ngan pembangkang tp mtk kerja ngan kerajaan...apabila kaki dan tangan dah x seiring ngan perancangan otak mmg ssh ler badan tue nk bergerak..naseb saya x jd perdana menteri klw x lama dah saya potong kaki n tangan yg camtu buat ssh jer..apa yg dibuat oleh kerajaan semua dipolitikkan...lebih teruk lagi apabila pengetua n GB yg pro pembangkang semua perjumpaan waris kutuk kerajaan...be profesional bleh x..tue ler apabila dah byk yg dpt smp x tahu memberi...krj suma hanya fikir duit n gaji jer...harap2 warga pendidik lebih ikhlas mendidik n klw x sehaluan ngan kerajaan..letak ler jawatan byk lg org nk jd cikgu n yg boleh meneruskan aspirasi kerajaan... hormatlah Goverment of the Day...

    ReplyDelete
  8. Pada pengamatan saya, pengulas dan pemilik blog inilah hantu pembangkang... Saje je nak panaskan hati cikgu-cikgu.... Komen ikut sedap rasa je... Mmg kelompok ni la merosakkan imej kerajaan!!!!

    ReplyDelete
  9. aku rasa baik ko delete artikel ni....

    ReplyDelete
  10. Cikgu masuk kerja pukul 7:00 pagi...rehat 20 minit sambung kerja hingga jam 2:00 ptg...meeting hingga jam 3.00ptg...klaw ader latihan sukan dan kelab balik jam 4:00 ptg...mlm tanda kertas exam...key in markah dan band anak murid hingga jam 9-10 malam....setiap sabtu pagi 2 kali sebulan bagi sekolah yg ader 2 sesi hari koko jam 8-12 tghari...tugas guru bukan sekadar mengajar tetapi mendidik murid menjadi insan dan manusia yang berakhlak, bermoral dan berguna yang rata2 anak-anak anda semua..jangan hina kami sbgai warga pendidik bergaji tinggi sedangkan kerajaan menaikkan gaji semua penjawat awam dengan adil. Jangan membeza-bezakan tugas dan bebanan kerja semua penjawat awam tetapi fahamilah amanah dan tanggungjawab kami yang bergelar GURU....

    ReplyDelete
  11. aku mengenali cikgu tersebut,..sifat n sikapnya aku puji bbanding kalian yg mgunakan kata2 kesat.aku sendiri pemuda umno yg aktif.tetapi kalian datas tidak memahami masalah krn kalian bparangkali bada dlm situasi kami...apa yg tsirat ingin dsampaikn guru tsbut adalh masalah perancangan...tetapi kalian tlalu emo, cuba fahami masalah tsebut.sgt terasa aku apibila semua guru ditunding pulang awal...itu satu fitnah yg akan aku tuntut dakhirat...kalian menuduh kami warga guru bagaikn anjing.aku cabar yg bkata demikian utk menyahut cabaran menjadi guru...adakah kalian merasa segala bebanan yg dipikul kami?..

    ReplyDelete
  12. guru adalah golongan yg paling cerdik..sb tu laaa, guru banyak tahu tentang pentadbiran kerajaan .... sapa yg betul dan sapa yg tak betul....kenapa guru cerdik? sb sejarah pemerintahan negara bermula dgn guru..aman saja bila golongan guru ada dlm politik.....tp bila golongan korporat ada dlm politik..huhuh macam2 ada., kona sana kona sini.....tengoklah nanti..nak pangkah sapa????

    ReplyDelete
  13. Pandangan peribadi individu tolong jangan kaitkan dengan profession seseorang.. Jika perkara sekecil ini tidak mampu bezakan, entah apa nak dikata.

    ReplyDelete
  14. hehehe,,, jangan dilayan perkara remeh,, sema org ada masalah,, iut suka dialah na kata apa,,, cara org berbeza,, ada yg suka pendam,, ada suka heboh,, apasal lak kita yang berpeluh,,, kitaa pula yang dok rancang dan canang untuk ia,,, jadilah diri kita,, ada dia minta pandangan anda,,, anda tu yang lebih kuah dr sudu,, suka sangat jaga tepi kain orang,, kalau bab agama x de pula yang nak komen, sbb. x pandai,,, kalau bab mengata orang wahhh,, dia yang nombor satu,, ni pun aku dah tersalah masuk,, jaga teri kain gak,,, tp. aku komen umum jer,,, x lah direct kat org tu,,, adooyaiii,, manusia,, bukit bukau, gunung-ganang x nak akal masa tuhan nak bagi,, sbb beginilah,, sebab perkara begini anda lupa Allah Taala,, Nauzubillah himinzalikh,,,

    ReplyDelete

Perhatian, Penggempur Mutiara Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Segala Komen Yang Anda Kongsikan Di Laman Blog Ini. Segala Komen Yang Di Kongsikan, Sekiranya Mempunyai Unsur Fitnah Dan Ugutan, Penggempur Mutiara Akan Keluarkan Daripada Senarai Komen. Harap Maklum...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013