UMNO dan PAS... fikirkan sejenak...

Saturday, 4 August 2012

Panas!!! LCW Diberikan Tekanan Untuk Kalah?!!!


Limpahan ganjaran menanti Datuk Lee Chong Wei sekiranya beliau berjaya membawa pingat emas berharga itu buat negara pada Sukan Olimpik.

Ganjaran berbentuk wang tunai RM2 juta dan tambahan RM1 juta dari kerajaan menerusi skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) dan RM1 juta lagi dari syarikat perabot tempatan, 3V Holdings Sdn Bhd mungkin akan jadi milik Chong Wei sekiranya mencipta kejayaan pada malam esok.

Malah jongkong emas seberat 12.5kg bernilai lebih RM2 juta turut ditawarkan Pengerusi Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) Datuk Seri Andrew Kam dan elaun sebanyak RM5,000 sebulan kepada pemenang pingat emas Olimpik negara sepanjang hayatnya.

Lee diangkat sebagai hero negara oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di atas kejayaannya merangkul pingat perak pada Sukan Olimpik 2008 dan kerajaan Pulau Pinang menghadiahkan gelaran Datuk kepadanya.

Di atas kejayaannya itu, Chong Wei memperoleh wang tunai RM300,000 dan elaun sebanyak RM3,000 sebulan sepanjang hayatnya.

Selain itu, ganjaran yang berjaya diperoleh pemain ranking kedua dunia itu setakat ini termasuk dua kereta tajaan Proton ketika syarikat tersebut masih menjadi penaja utama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Sekiranya Malaysia memenangi lebih dari satu emas, insentif wang tunai bernilai RM1 juta dari 3V Holdings Sdn Bhd akan dikongsi bersama-sama pemenang.

Selain ganjaran kepada pemenang pingat emas dan perak, atlet yang meraih pingat gangsa turut akan menerima RM150,000 dan elaun sebanyak RM1,500 sebulan sepanjang hayat di bawah skim MSN.

Di samping Lee, lima pemain badminton negara yang beraksi di London termasuk beregu lelaki No.8 dunia, Koo Kien Keat dan Tan Boo Heong, beregu campuran Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying dan perseorangan wanita, Tee Jing Yi.

Chan dan Goh tersingkir awal selepas tewas dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan manakala Tee kecundang di tangan Bae Youn-Joo dari Korea Selatan.

Sementara itu, pemilik restoran Burhan Mohamed menawarkan hidangan percuma kepada pelanggan sekiranya Lee memenangi pingat emas.

"Jika beliau menang, beliau akan mendapat wang dan jongkong emas. Namun, rakyat Malaysia yang menyokongnya perlu mendapat sesuatu.

"Jadi, saya akan memberi makanan percuma kepada pelanggan untuk meraikan kejayaan itu nanti," kata Pengurus Besar Original Kayu Nasi Kandar, Pulau Pinang.

Sekiranya Lee menang pingat emas, pelanggan akan menikmati set hidangan termasuk minuman kordial antara pukul 7 malam hingga 10 malam di restorannya di SS2 di sini.

No comments:

Post a Comment

Perhatian, Penggempur Mutiara Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Segala Komen Yang Anda Kongsikan Di Laman Blog Ini. Segala Komen Yang Di Kongsikan, Sekiranya Mempunyai Unsur Fitnah Dan Ugutan, Penggempur Mutiara Akan Keluarkan Daripada Senarai Komen. Harap Maklum...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013