Pertubuhan Aktivis Pengupayaan Insan (API) mendedahkan wujud usaha memurtadkan orang Islam terutama golongan gelandangan sekitar Pulau Pinang, menggunakan wang tunai dan keperluan asas sepanjang Ramadan.
Timbalan Pengerusi 2 API, Asti Toba, berkata pihaknya mengesan usaha terbabit secara tidak sengaja ketika menjalankan program mengumpul rekod orang gelandangan sekitar bandar ini, termasuk kawasan Masjid Kapitan Keling, di sini, Khamis lalu.
Katanya, dua lelaki Eropah yang berpakaian seperti pelancong didapati mendekati golongan gelandangan, termasuk pengayuh beca dengan bertanyakan lokasi menarik sekitar bandar.
“Kami pada mulanya tidak menghiraukan tetapi selepas sejam, berasa pelik dengan dua pelancong berkenaan yang bertanya pelbagai soalan hampir sejam kepada seorang pengayuh beca sebelum kami mendekati mereka.
“Alangkah terkejutnya apabila dua lelaki terbabit sedang bercakap mengenai dosa, kitab injil, dan jesus (Nabi Isa) kepada pengayuh beca sebelum jurugambar kami yang melintasinya mendengar ayat yang mengatakan Jesus itu betul dan Nabi Muhammad tidak betul,” katanya yang ditemui, di sini, semalam.
Asti berkata, pihaknya yang giat mengumpul data golongan gelandangan kemudian dihampiri pengayuh beca berkenaan yang mengatakan dirinya didakwah oleh dua lelaki berkenaan yang sebenarnya paderi.
Mengulas lanjut, Asti berkata pada Mac tahun lalu, seorang lelaki yang dipercayai paderi dibantu rakan wanitanya yang lengkap bertudung dan berbaju kurung menganjurkan kelas tuisyen di dalam Universiti Sains Malaysia (USM) dan menggunakan kesempatan itu, berdakwah dikalangan pelajar Islam.
“Lelaki terbabit cuba melakukan dakwah, terkejut dengan kehadiran Pengasas Islamic Propagation Society International (IPSI), Kamarudin Abdullah sebelum mengakui dirinya seorang paderi dan enggan berdebat dengan beliau.
Sumber: PahangKu


No comments:
Post a Comment
Perhatian, Penggempur Mutiara Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Segala Komen Yang Anda Kongsikan Di Laman Blog Ini. Segala Komen Yang Di Kongsikan, Sekiranya Mempunyai Unsur Fitnah Dan Ugutan, Penggempur Mutiara Akan Keluarkan Daripada Senarai Komen. Harap Maklum...