UMNO dan PAS... fikirkan sejenak...

Wednesday, 8 August 2012

Tahniah Tok Jan!!! "Majalah Mangga Difatwakan Haram, Disko Difatwakan Harus" Hanya Di Kedah!!!


Seharusnya bukanlah kalungan bunga ucapan tahniah yang patut diberikan kepada Datuk Azizan Razak apabila Majlis Fatwa Negeri Kedah menfatwakan bahawa majalah Mangga haram.

Keputusan fatwa ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman dan disahkan sendiri oleh Mufti Negeri Kedah Darul Aman,Dato' Paduka Syeikh Muhammad Baderudin B. Hj. Ahmad.


Sungguhpun PM menyokong tindakan tersebut, namun timbul juga sedikit kemusykilan dibenak hati ini apabila terkenangkan kembali deretan pendedahan yang dilakukan oleh sahabat- sahabat yang bernaung di bawah Team Media Kedah (TMK) seperti Duke of Umno, Kedah ke KL, Medan Tempur Kedah, Unit Media Kedah, AUPN, Dahlia b. Lada dan mungkin ramai lagi yang keciciran untuk PM senaraikan. (KLIK SINI, SINI, SINI, SINI )

Dikala sedang heboh rakyat memperkatakan tentang kehebatan Alor Setar yang kini dikatakan setaraf Danok, Thailand, apakah rasionalnya pengharaman majalah Mangga dilakukan?

Kenapa tidak ada sebarang tindakan untuk membetulkan apa yang telah tersilap dan terdedah? Kenapakah pengharaman majalah Mangga yang lebih diutamakan? 

Sebagai anak kelahiran Kupang, Kedah, PM yang kini berjuang bersama- sama cyber troopers Pulau Pinang amat sedih apabila memikirkan kepimpinan yang mengatakan mereka LEBIH ISLAM berbanding UMNO sanggup menutup bukan sahaja sebelah mata berhubung pendedahan demi pendedahan yang dilakukan.

Apakah selepas sahaja pengharaman terhadap majalah Mangga, PAS akan melakukan langkah yang sama terhadap disko- disko yang diberikan lesen untuk beroperasi oleh mereka sebelumnya? Wallahualam..

3 comments:

  1. salam sejahtera, mohon dilink blog hamba disini..
    Terima Kasih..
    http://klboyzwangsa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. ok la tu. pelan2 kasi kuburkan semua anasir maksiat. majalah mangga ni memang dari dulu tayang menda maksiat dan memang melayu islam je yg baca so kita kena jaga agama dan bangsa kita dulu.khallasss.. bab disko lak zaman bn memang bercambah lesen dan disko act dikaitkan dengan aktiviti bukan islam so ada kelonggaran sket kat situ.bila babitkan isu agama lain dan bangsa lain amat sukar sket berbanding bab majalah ni. yg org islam sibuk nak ke disko buat apa. jenis apa org camni. watever aku nampak la pas ada hati nak cantas sket2 maksiat yg ada pada zaman amno dulu, at least ada berbanding pmimpin amno yg memang xde usaha pun nak membanterasnya.

    ReplyDelete
  3. Haram Mangga boleh le der, nak haram disko jgn mimpi la.. baru kena sergah sikit dgn DAP pasal negara Islam dah bertukar jadi negara berkebajikan, hudud ntah kemana plak menghilang... kehkeh..

    ReplyDelete

Perhatian, Penggempur Mutiara Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Segala Komen Yang Anda Kongsikan Di Laman Blog Ini. Segala Komen Yang Di Kongsikan, Sekiranya Mempunyai Unsur Fitnah Dan Ugutan, Penggempur Mutiara Akan Keluarkan Daripada Senarai Komen. Harap Maklum...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013