![]() |
| Bukti Rakyat Kembali Meletakkan Kepercayaan Kepada BN |
Pakatan Rakyat dilihat semakin rancak menganjurkan program berbentuk ceramah dengan harapan dapat meracuni kembali pemikiran rakyat Nibong Tebal yang kembali berpaut kepada UMNO/BN.
Semalam satu majlis turut berlangsung di perkarangan PASTI Bandar Tasek Mutiara untuk melancarkan Pejabat Kawasan untuk kegunaan pilihanraya.
Mengikut perancangan awal, majlis tersebut juga akan diselitkan dengan sessi ceramah yang menjemput YDP PAS Nibong Tebal, Norazli Musa (PAS Perak), Naili Raja (PAS Perak), Law Choo Kiang (ADUN Bukit Tambun) dan Yang Terutama Chegu Bard "Si Kurma 5 Ulas".
Berdasarkan maklumat yang sampai ke peti mel PM, kehadiran rakyat ke majlis itu bukan sahaja menyakitkan mata, malah turut mendatangkan rasa kurang selesa kepada penganjur. Kehadiran pada majlis itu dianggarkan 100 orang, itu pun selepas dicampur darab dengan keluarga yang hadir membawa anak- anak kecil.
Pengacara majlis pada malam itu adalah Saudara Khairullai seorang peniaga minyak wangi, kopiah dan kurma bersebelahan pasaraya Zon 800.
Selain itu, majlis itu turut diselitkan dengan pemutaran lagu khas yang mengejek Pemuda UMNO/BN (mengatakan Pemuda adalah kuda kayu).
Berikut adalah sebahagian gambar yang dikirimkan ke peti mel PM untuk tatapan semua pembaca;
Berdasarkan jumlah kehadiran itu, PM ingin menyatakan rasa amat berbangga terhadap rakyat Nibong Tebal. Ternyata rakyat sudah muak dan mampu untuk berfikir secara waras untuk menolak janji kosong yang dibawakan Pakatan Rakyat.
PM : Mungkinkah Chegu Bard gerun dengan keadaan ini, lantas menjadikan Mansor Othman sebagai kambing untuk dikorbankan dengan bertanding di Parlimen Nibong Tebal?







No comments:
Post a Comment
Perhatian, Penggempur Mutiara Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Segala Komen Yang Anda Kongsikan Di Laman Blog Ini. Segala Komen Yang Di Kongsikan, Sekiranya Mempunyai Unsur Fitnah Dan Ugutan, Penggempur Mutiara Akan Keluarkan Daripada Senarai Komen. Harap Maklum...