Bukanlah niat PM untuk mendedahkan aib seorang artis kita yang kini senang bertudung. Disebabkan itu jugalah PM mengambil pendekatan untuk mengaburkan mukanya.
Apa yang PM kongsikan ini adalah untuk dijadikan teladan kepada setiap wanita di luar sana yang sayangkan Islam. Kalaupun ingin diri dilihat Islamik dengan pemakaian tudung dikepala, tidak seharusnya adab berpakaian dilupakan sahaja. Risau juga nanti dikatakan "Kepala Bertudung, Yang Lain Terlondeh".
Lantaran penyiaran gambarnya itu melalui sebuah portal hiburan, komen yang diterima berbunyi seperti di bawah turut dilontarkan oleh pembacanya;
“Hai admin Buahmulut, saya ada ternampak beberapa keping gambar yang pihak tuan upload di portal dan juga Fan Page. tapi saya macam ternampak sesuatu yang berwarna Pink. betul ke apa yg saya nmpk tu? ke saya salah pandang. Kalau betullah harap lain kali artis terlibat kena lebih berhati – hati dengan pakaian yang dipakaianya. Nampak macam berpakai & bersarung tapi hakikatnya sama seperti berbogel. mungkin dia tak sedar kot baju macam tu. tapi tu la lain kali kena hati2. jadinya sebagai satu pengajaran. ok 10q”*Komen di atas ini diedit oleh PM dengan membuang nama artis terbabit
Rupanya baju yang dipakai artis tersebut begitu jarang sehingga menampakkan bra yang berwarna pink.
Dengan keprihatinan yang ditampilkan pembaca portal tersebut, PM berharap golongan artis lebih berhati- hati dalam mengenakan sebarang pakaian selepas ini bagi mengelakkan tindakan seperti itu dilihat menghina Islam dek kerana diri anda adalah tumpuan dan ikutan peminat.
Dengan keprihatinan yang ditampilkan pembaca portal tersebut, PM berharap golongan artis lebih berhati- hati dalam mengenakan sebarang pakaian selepas ini bagi mengelakkan tindakan seperti itu dilihat menghina Islam dek kerana diri anda adalah tumpuan dan ikutan peminat.


1 comment:
alah...x boh nama pun boleh agak sapa bro. AR kan? bini yg main bola tu..
Post a Comment