UMNO dan PAS... fikirkan sejenak...

Sunday, 2 September 2012

[GAMBAR] Panas!!! Majlis Rumah Terbuka @SAMMalaysia Berjaya!!! @chegubard Yakin Dapat Sokongan Di Nibong Tebal!!! @dzainalabidin


Bangga sungguh Chegu Bard ketika mengongsikan tweet secara langsung ke akaun peribadi miliknya siang tadi.

Bukan niat PM untuk menghilangkan keceriaan yang ditampilkan Chegu Bard siang tadi, namun seperti yang pernah PM janjikan sebelum ini (KLIK SINI) maka terpaksalah juga PM keluarkan entri ini kerana PM tertakluk kepada slogan "Janji Ditepati" seperti yang disarankan DS Najib.

Artikel ini juga dikeluarkan bagi mengelak daripada slogan pegangan Pakatan Rakyat iaitu Janji Ditaburi terpalit sama kepada PM.



Siang tadi PM turut sama menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Anjuran SAMM Kebangsaan kerana mengharapkan cenderahati khas seperti yang dijanjikan oleh mereka pada banner yang disebarkan.

Sebaik sahaja sampai ke lokasi, terdapat beberapa petugas yang menyambut dan mengedarkan saguhati kepada hadirin, PM juga tidak terkecuali daripada menerima cenderahati tersebut.

Setelah dibuka sampul plastik yang membalut cenderahati tersebut, PM agak terpinga-pinga apabila melihatkan isinya hanyalah beberapa keping cakera padat berserta helaian kertas berunsur hasutan untuk membuatkan rakyat benci kepada Kerajaan yang PM ibaratkan sebagai sampah yang diisi di dalamnya.

Berikut adalah gambar bahan berunsur hasutan yang terisi di dalamnya;







Berdasarkan poster yang disebarkan sebelumnya oleh pihak SAMM, ternyata mereka mengharapkan kehadiran melebihi 3000 orang. 




Namun untuk pengetahuan pembaca, berdasarkan pengamatan PM siang tadi, kehadiran pada majlis itu adalah kurang 1000 orang.

Kesiankan? Sungguhpun sudah dijanjikan dengan 3000 cenderahati kepada individu terawal yang menghadiri majlis itu, rakyat Nibong Tebal seakan- akan sudah faham sikap Pakatan Rakyat yang lebih gemar menabur janji berbanding menepatinya. Mungkin dek kerana itu jugalah mereka sedikitpun tidak termakan sogokan 3000 cenderahati seperti yang terpampang diposter mereka.

Lebih menyedihkan, PM dimaklumkan katering untuk majlis tersebut disediakan oleh orang luar Pulau Pinang!!! Malahan pembuat roti canai yang mereka gelarkan sebagai Ali & Along adalah dibawa masuk dari Selangor.




Inikah pergerakan yang ingin kita sandarkan harapan untuk memperjuangkan hak kita? Apakah sudah pupus syarikat katering atau pembuat roti canai di bumi Nibong Tebal ini sehingga perlu dibawa masuk mereka yang berasal beratus kilometer dari sini?

Dicelah- celah itu, PM turut juga memerhatikan kebanyakan petugas bukanlah dari Pulau Pinang, Ini dapat diperhatikan melalui tulisan dibaju yang mereka pakai. Sungguhpun ini adalah majlis SAMM kebangsaan, dimanakah keperluannya diimport sehingga selori budak- budak tak sekolah ke sini? Nak buat ramai agaknya, mungkin nak menandingi rumah terbuka DS Najib di Pekan, Pahang beberapa minggu lalu.

Kenyataan PM sebelumnya bahawa kehadiran adalah dibawah 1000 orang boleh dibuktikan dengan gambar- gambar sambutan hangat majlis tersebut di bawah ini;













Banyak Juga Pinggan Polisterina Yang Tidak Terguna Ye?

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin sebab pendedahan ini..


No comments:

Post a Comment

Perhatian, Penggempur Mutiara Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Segala Komen Yang Anda Kongsikan Di Laman Blog Ini. Segala Komen Yang Di Kongsikan, Sekiranya Mempunyai Unsur Fitnah Dan Ugutan, Penggempur Mutiara Akan Keluarkan Daripada Senarai Komen. Harap Maklum...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013