Hari ini memang amat PM nanti- nantikan kerana mengikut maklumat yang macai- macai pakatan sebarkan pada 30 Ogos lepas, seramai 40 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional akan bertindak lompat parti bagi menyertai Pakatan Rakyat dan sekiranya betul perkiraan PM, hari ini adalah hari penuh bersejarah apabila Anwar Ibrahim a.k.a. Al Jubs bakal mengadap Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong untuk mendapatkan perkenan membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU13 diadakan.
Walaupun, kebenarannya tiada Ahli Parlimen BN yang menyertai PR pada ambang kemerdekaan negara, PM tetap tahankan juga untuk menulis artikel ini sehingga tarikh yang dikatakan Anwar bakal mengadap YDP Agong bagi membubarkan Parlimen.
Bukannya apa, PM tahankan juga untuk membuktikan bahawa semua cakap- cakap macai Pakatan Rakyat itu juga adalah satu pembohongan seperti mana yang pernah dilakukan oleh Anwar Ibrahim pada insiden 16 September 2008.
Anwar pada waktu itu berdrama yang ditonton oleh seluruh negara malahan seluruh dunia bahawa dia akan mengetuai kerajaan akibat lompatan fatamorgana, ilusi 30 Ahli Parlimen BN kononnya.
Beberapa bulan sebelum tarikh 16 September 2008, Anwar telah mewar-warkan kononnya pakatan pembangkang akan menggantikan kerajaan BN apabila sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen BN akan melompat parti.
Malah beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat juga bersusah payah sanggup membontoti beberapa ahli parlimen BN ke Taiwan bagi merealisasikan misi tersebut.
Malangnya apabila tiba tarikh 16 September 2008 tiada apa yang berlaku selain satu pembohongan besar yang akan diingati seluruh rakyat negara ini dan dunia sampai bila-bila.
Berdasarkan dua senario ini, diharap rakyat dapatlah menilai betapa Anwar terdesak dan amat- amat berharap untuk bergelar Perdana Menteri Malaysia sehinggakan sanggup menipu rakyat yang memperakukan gelaran Anugerah Tuhan yang diberikan isteri "tercinta"nya. Malahan PM berani untuk memperkatakan, setiap kacau bilau yang berlaku juga pada dasarnya menjurus untuk merealisasikan impian jahatnya itu.
Sebelum PM mengakhiri artikel kali ini, teringin juga PM nak bertanya, PUKUL BERAPA DATUK SERI NAK MENGADAP YDP AGONG HARI NI?




3 comments:
16 september ni, Anuwarq belanja semua juak-juak makan AISKRIM kot!!!! xpon bagi jam omega sorang satu or chinadoll, cai-cai pas mau dok standby ubat POWER siap2.
16 september ada setiap tahun ....
12 malam ada setiap malam ...
anewar tak bohong cuma tipu ...
cepat atau lambat pru, yang pasti BN memang berganda, apa susah
Post a Comment