Semakin terserlah kelicikan DAP dalam mengambil kesempatan yang terhidang di depan mata.
Kemarahan umat islam terhadap penerbitan filem pendek "Innocence Of Muslims" nyata dijadikan senjata yang ampuh untuk digunakan DAP bagi meraih sokongan baru terhadap parti itu dan menyemai benih kebencian rakyat terhadap UMNO/BN.
Daripada pemerhatian yang PM lakukan ke atas fb pages dan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat terhadap isu yang di mainkan Ngeh ini, ternyata terdapat satu perancangan sulit disebalik segala yang terjadi.
Secara logik akal, mari sama- sama kita lihat kronologi yang PM kongsikan ini;
- Video filem pendek "Innocence Of Muslim" tersebar di alam maya.
- Kemarahan umat Islam memuncak sehingga menyebabkan seorang Duta Amerika Syarikat terbunuh di Libya.
- Rakyat Malaysia beragama Islam juga mengutuk penerbitan filem pendek itu.
- Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan kepada umat Islam melalui twitter miliknya.
- Tekanan dari pelbagai pihak menuntut Ngeh mohon maaf, namun Ngeh mempertahankan kenyataannya.
- UMNO paling lantang meminta Ngeh mohon maaf, sehinggakan demonstrasi membakar bendera DAP dijalankan di Melaka jam 4 petang, 20 September 2012.
- Jam 5 petang, 20 September 2012, Ngeh mengeluarkan kenyataan mohon maaf.
- Selang beberapa minit kemudian DAP Melaka menyebarkan gambar- gambar sekitar demonstrasi UMNO terhadap kenyataan Ngeh. Malahan tindakan membela Islam itu digelarkan samseng melalui facebook pages DAP Melaka.
Tidakkah kronologi yang PM tampilkan di atas menerangkan dengan jelas bahawa sememangnya terdapat perancangan sulit disebalik insiden tersebut?
Pada dasarnya, tindakan Ngeh mempertahankan ungkapan lahanatnya walaupun dikecam hebat pada awalnya adalah bersebab.
DAP sudah menjangkakan satu- satunya organisasi yang akan terus mengecam hebat pernyataan yang dikeluarkan Ngeh semestinya UMNO dan bukannya PAS. Lantas itu, mereka mula memasang perangkap agar segala tindak tanduk UMNO selanjutnya mampu untuk mereka jadikan senjata untuk kembali menyerang UMNO dan memastikan rakyat termakan dengan tohmahan palsu mereka selepas itu.
Nyatanya, perangkap yang mereka pasang membuahkan hasil apabila UMNO Melaka bertindak menganjurkan demonstrasi serta membakar bendera rasmi DAP.
Sebaik sahaja mereka berjaya merakamkan insiden tersebut dalam bentuk foto, Ngeh secara tiba- tiba mengeluarkan kenyataan maaf dan disusuli beberapa minit selepas itu, terbitlah gambar- gambar demonstrasi yang dilakukan UMNO Melaka di fb pages DAP Melaka. (KLIK SINI)
Lebih menghampakan PM, dengan tindakan sebegitu sahaja DAP mudah melabelkan pejuang bangsa dan agama ini sebagai samseng.
Tidak hairanlah PAS pusat langsung tidak mendesak agar Ngeh segera memohon maaf, mungkinkah perancangan busuk ini juga melibatkan pengetahuan pemimpin tertinggi PAS pusat?
Pelik PM, Kalau sesuatu perkara yang melibatkan UMNO/BN, dengan mudahnya Pakatan Rakyat menuding jari mengatakan segala tindak tanduk yang dilakukan dilabelkan sebagai samseng.
Bagaimana pula insiden pada Ambang Merdeka (Janji Demokrasi), Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 yang turut disertai Pakatan Rakyat? Adakah tindakan itu boleh disifatkan bertamadun? Mahu PM tunjukkan gambar- gambar yang lebih bersifat samseng yang direstui mereka selaku anggota dalam Pakatan Rakyat?
Perhatikan sendiri, siapa sebenarnya yang lebih samseng diantara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional?
Demonstrasi UMNO hanya membakar bendera DAP, tetapi demonstrasi bawaan Pakatan Rakyat membawa lebih banyak kerosakan, bukan sekadar kepada harta benda, malahan juga kerosakan kepada jatidiri serta akhlak penyokong- penyokongnya!!!
Kesimpulannya, penghinaan yang dilakukan Ngeh Koo Ham sememangnya adalah disengajakan!!!
Dari percubaan ini juga, DAP dapat memastikan samada UMNO dan PAS dapat bekerjasama untuk mempertahankan Islam. Bagaikan sudah terang lagikan bersuluh, terbukti kesetiaan PAS terhadap DAP melebihi segalanya didunia ini termasuk Islam.












Pas sebnarnya mnghina Islam.nama je parti Islam tp brsma golongn kafir mnntang Dan mnjatuhkn pmpinan Islam.
ReplyDeleteSETUJU!!!
DeleteMasaalah nya orang Islam diMalaysia ni namanya saja Islam tetapi tidak mempraktikkan Islam sebagai cara hidup jadi mereka tak tahu nak mempertahankan Islam dan ramai yang sangat kurang pengetahuan tentang Islam. Macammana orang bukan Islam nak hormat dan takut pada orang Islam kalau begitu. Kalaulah orang islam maju dari segi ekonomi,pelajaran dan perangai pun baik, tentu orang bukan Islam tak berani nak buka mulut.Si Ngeh ni tuan punya Old Town Coffee chain ke? Old Town Coffee tak benarkan orang Melayu jadi franchise holdernya.Kalau company Islam macam kopi Hang Tuah tu boleh berkembang dan buka chain macam Old Town tu kan lebih baik.Orang macam Ngeh tu hanya faham duit. Hit them where it hurts.Orang Islam lebih dari 60 peratus,boikot Old Town coffee, banyak lain coffee yang kita boleh minum.
ReplyDeletemasalahnya ramau pulak orang melay uyang jadi anjing belaan cina lakhnat ni termasuklah golongan pak lebai bebal dan tongong mcm dlm Pas tu..manalah tak cina keparat ni makin besar kepala?
ReplyDelete