LIVE @WARTARAKYAT

Monday, 24 September 2012

Hot!!! Vanidah Imran Bertegas Hasil Lakonannya Bersama Suami Tidak Menyebabkan Talak Jatuh



Vanidah Tegas Tidak Jatuh Talak – Isu Filem Untuk 3 Hari : Vanidah mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan sebuah akhbar yang menggesa dia dan Rashidi memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut.


Vanidah Tegas Tidak Jatuh Talak – Isu Filem Untuk 3 Hari

Vanidah Imran menjelaskan tidak berlaku penceraian diantara dia dan suami, Rashidi Ishak berikutan dialog yang diungkapkan menerusi filem Untuk Tiga Hari.
Vanidah yang dihubungi wartawan berkata, dia dan suaminya telah meneliti skrip filem arahan Afdlin Shauki itu sebelum menerima tawaran membintangi karya berkenaan.
“Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang mengatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya?
“Sebagai pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri,” katanya.
Dalam pada itu, Vanidah menegaskan dia tidak akan ke pejabat agama seperti mana dinasihatkan oleh Harussani kerana yakin tidak berlaku penceraian seperti yang didakwa.
Vanidah memberitahu, sebagai seorang Islam dia sedar mengenai soal agama serta hukum dan tidak akan cepat melatah dengan isu yang digembar-gemburkan.
“Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku,” tegasnya.
Bagaimanapun Vanidah berkata, dia menerima nasihat daripada Harussani sebagai seorang ahli agama namun menganggap ulasan itu hanya dibuat berdasarkan kepada pandangan pihak ketiga tanpa menonton filem berkenaan.
“Saya berpendapat beliau tidak menonton filem itu tetapi hanya mendengar ulasan daripada pihak lain.
“Jika benar telahan saya itu, adalah tidak wajar pihak ketiga mahu mengheret seorang mufti memberi ulasan tanpa beliau melihat sendiri adegan yang saya dan suami lakonkan,” katanya.
Vanidah berkata, sepanjang 12 tahun perkahwinan, mereka sentiasa memastikan keharmonian rumah tangga dan menjaga aib masing-masing.
“Bergelar pasangan selebriti menyebabkan ramai mata yang sentiasa memandang kami tetapi Alhamdulilah setakat ini kami bebas dari sebarang cerita-cerita yang tidak elok,” katanya.

6 comments:

Anonymous said...

Vanida.., untuk lebih yakin lagi, apa salahnya pergi ke Pejabat Agama seperti nasihat seorang Mufti yang tentunya lebih arif tentang hukum dan mintalah nasihat demi kebaikan dan keharmonian rumah tangga. Dapatkan kata putus dari mereka. Permudahkanlah.

Anonymous said...

artis malaysia kan lebih hebat dari golongan agama dalam bab hukum hakam agama...especially kalau dah masuk PAS PIS PUS ahahahaha

Anonymous said...

masuk PAS settle semua

Anonymous said...

simple jee , kalau takde lafaz talak ketika berlakon . takde apa laa masalahnya

Anonymous said...

Anon 24 Sept. 2012 16:29,

Saya setuju dengan pendapat saudara. Vanida, jangan jadi bodoh sombong dan berkeras buku lidah! Tidak salah kita mendengar nasihat orang terutama mereka yang ada ilmu agama.Sama ada Ustaz Hairussani telah menonton filem itu atau belum,bukan persoalannya.

Tidak jatuh martabat kita melakukan apa yang dicadangkan. Kita juga tentu mahu kepastian kesahihan pendapat kita itu benar. Jadi mereka yang ada kelayakan untuk dirujuk ialah orang-orang di pejabat agama!

Jangan disebabkan kedegilan dan keegoan kita sepanjang umur kita hidup berzina dan kalau lahir zuriat zuriat yang tidak sah tarafnya.

Anonymous said...

biaq pi la. Ramai yg tengok. Kalau pegawai pejbt agama kata ada kes, dia kena patuh juga.

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013