Sekurang-kurangnya 47,000 kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di sekolah-sekolah di Britain dengan 200 lagi dipasang di tandas atau bilik persalinan, dedah satu data semalam.
Secara purata terdapat satu kamera bagi 38 kanak-kanak di sekolah di England, Scotland dan Wales, kata kumpulan pendesak, Big Brother Watch yang mengumpul data dari 2,107 buah sekolah di bawah kebebasan perundangan maklumat.
"Kajian ini menimbulkan tanda tanya tentang kehidupan peribadi kanak-kanak sekolah di seluruh Britain dengan beberapa sekolah mempunyai satu kamera untuk lima murid," kata pengarah kumpulan itu, Nick Pickles.
-Helang Buana

No comments:
Post a Comment
Perhatian, Penggempur Mutiara Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Segala Komen Yang Anda Kongsikan Di Laman Blog Ini. Segala Komen Yang Di Kongsikan, Sekiranya Mempunyai Unsur Fitnah Dan Ugutan, Penggempur Mutiara Akan Keluarkan Daripada Senarai Komen. Harap Maklum...