UMNO dan PAS... fikirkan sejenak...

Thursday, 20 September 2012

Ngeh Koo Ham : PAS Johor Kecam, Nik Aziz Pertahan


Nik Aziz membuktikan dirinya bukanlah seorang ulama sejati seperti mana yang dibangga- banggakan pengikut PAS. Beliau dilihat lebih senang memerangi UMNO, iaitu saudara seagama dan sebangsa manakala DAP yang secara terang- terangan memusuhi Islam terus dijadikan teman sekatil.

Daripada insiden kelancangan Ngeh Koo Ham, PM merasakan seperti ada situasi yang digelarkan "Double Standard" sedang berlaku.

Kenapakah harus PAS Johor terlebih dahulu hadir mengecam kenyataan dangkal yang dikeluarkan Ngeh? Apakah sudah luluh gelaran ulama yang disandang Nik Aziz sehinggakan perlu ada individu lain yang mendahuluinya untuk mengecam tindakan Ngeh itu?


Berdasarkan tindak tanduk yang dilakukan itu, apa yang dapat PM simpulkan adalah;


  • Tindakan PAS Johor mengambil langkah drastik mengecam Ngeh dengan mendahului Nik Aziz adalah bersebab. Secara asasnya, mereka berharap kecaman yang dilontarkan itu berupaya meraih undi rakyat Johor. Kononnya merekalah pejuang Islam sejati.
  • Nik Aziz pula mengambil sikap berdiam diri kerana merasakan dirinya sudah terlalu selesa dengan sokongan rakyat Kelantan. Lantas dengan sikap sebegitu, ia lebih berupa tindakan "Serampang Dua Mata", dimana dengan sikap itu, hubungan dirinya dengan DAP tidak akan terjejas.

Sejajar itu, sesuatu yang memusykilkan PM adalah, adakah benar PAS benar- benar berada dilandasan yang tepat untuk memperjuangkan Islam di Malaysia jika diri mereka sendiri menjilat telunjuk DAP?

KUALA LUMPUR: PAS Johor menegaskan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham perlu memohon maaf berhubung soalan provokasinya terhadap hasrat umat Islam negara ini melakukan protes terhadap filem anti-Islam, Innocence of Muslims pada Jumaat ini. 
Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, perkara yang dilakukan oleh Koo Ham itu amat mengguris hati, sekaligus membangkitkan kemarahan umat Islam kerana ia melibatkan kesucian Islam serta kemuliaan Rasulullah S.A.W. 
Atas dasar itu juga, Mahfodz berkata, beliau memberi sokongan penuh terhadap usaha Dewan Pemuda PAS dan Pergerakan Pemuda Umno menganjurkan protes pada Jumat ini bagi menunjukkan bantahan terhadap penerbitan serta penyiaran filem anti-Islam itu. 
"Sekalipun Pemuda PAS dan Pemuda Umno mahu bergabung untuk menunjukkan protes, saya tidak ada masalah. Ini soal kesucian agama kita dan ia melangkaui kepentingan politik," katanya. 
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai twitter Ngeh yang ditujukan kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Isnin lalu. 
Ngeh menerusi laman twitternya mengeluarkan kenyataan "Khairy wants muslim protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time and energy on this?. (Khairy (Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin) mahu umat Islam mengadakan bantahan terhadap Sam Bacile. Untuk Islam atau untuk kepentingan politik beliau? Adakah umat Islam menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga ke atas perkara ini?) 
Twitter Ngeh itu mencetuskan bantahan daripada kalangan pemimpin Umno dan penyokongnya, serta mereka dari parti rakan DAP dalam Pakatan Rakyat, PAS. 
Justeru Mahfodz yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS menegaskan, adalah menjadi tanggungjawab kepada semua umat Islam tanpa mengira parti mempertahankan Islam daripada dicerca dan dihina oleh pihak lain. 
"Ini soal kesucian agama kita dan kemuliaan Rasulullah. 
"Cuba lihat di negara-negara Arab bagaimana umat Islam di sana bangkit membantah dengan keras penerbitan filem anti-Islam tersebut," katanya. 
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan di laman Twitternya semalam berkata, bantahan demi bantahan itu dibuat untuk mempertahankan Rasulullah dan ia adalah kewajipan minimum yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam. 
"Masa yang diberi adalah pahala dan bukannya membazir," kata Nasrudin. -Antarapos

No comments:

Post a Comment

Perhatian, Penggempur Mutiara Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Segala Komen Yang Anda Kongsikan Di Laman Blog Ini. Segala Komen Yang Di Kongsikan, Sekiranya Mempunyai Unsur Fitnah Dan Ugutan, Penggempur Mutiara Akan Keluarkan Daripada Senarai Komen. Harap Maklum...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013