LIVE @WARTARAKYAT

Sunday, 16 September 2012

Tahniah Datuk Hishamuddin

Sekali lagi PM ucapkan sekalung tahniah kepada Kementerian Dalam Negeri pimpinan Dtuk Seri Hishamuddin kerana berupaya bertindak tegas kepada penyokong sendiri dan berlembut dengan perosak negara yang menyokong pakatan.

Jika sebelum ini, perosak negara yang melakukan onar pada ambang merdeka dan pengawal peribadi Al Jubs yang mengacukan senjata kepada rakyat boleh dilepaskan dengan jaminan polis. Diharap pelaku- pelaku ini juga dapat diberikan kelonggaran seperti mana yang diberikan kepada penyokong pakatan.

Bukanlah PM menyokong perbuatan tidak bertamadun itu, tetapi apa yang PM suarakan inisebenarnya adalah ingin menuntut agar pihak kementerian pimpinan Datuk Seri Hishamuddin berlaku lebih adil kepada semua pihak tanpa mengira ideologi yang diperjuangkan.

KUALA LIPIS: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan penahanan beberapa individu yang didakwa memijak dan membuang air kecil ke atas gambar Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Katanya, penahanan itu dilakukan mengikut bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bagi melengkapkan siasatan berhubung laporan polis yang diterima terhadap tindakan melampau sekumpulan pemuda itu.

 "Tangkapan ke atas mereka terlibat sudah dibuat, siasatan dan kertas siasatan pula dalam bidang kuasa PDRM. "Jadi, biar mereka siasat perkara itu dan tidak ada sesiapa akan terlepas dari tindakan undang-undang, tidak kiralah siapa mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Lipis di sini. Beliau berkata, apabila siasatan kes itu selesai nanti, terpulang kepada pejabat Peguam Negara untuk mendakwa atau tidak mereka yang terlibat.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih ditahan, Hishammuddin berkata, sebahagiannya sudah dibebaskan sebelum Aidilfitri lalu. "Baki tahanan itu masih dalam pertimbangan (untuk dibebaskan) di mana mereka ini kita kena pastikan dulu benar-benar tidak lagi mengancam keselamatan negara. "Kita sudah perkenalkan akta baru bagi menggantikan ISA jadi kita kena ambil kira semua benda," katanya.Komen

4 comments:

Neilkie69 said...

Dah bosan dengan tindakan tidak adil oleh KDN dan SPRM. Bila fenomena seperti di atas akan selesai? Adakah nanti bila rakyat bangkit dengan undang-undang sendiri baru menteri KDN mahu bertindak secara adil dan telus? Bila 2 pihak buat perkara yang sama hanya 1 pihak saja yang kena> Adil kah itu? Bila tindakan nak di ambil terhadap LKS,LGE yang memijak pic 3 YB di Perak? Adakah keterangan di ambil? Perlu bukti bagaimana lagi? Kalau pihak UMNO yang kena tak perlu report. Sidang akhbar oleh pihak PKR pun sudah boleh di ambil tindakan contohnya kes NFC. Tiada report tapi sepantas kilat SPRM turun menyerbu dan menyita pejabat NFC. Banyak lagi kes yang rakyat tidak puas hati dengan tindakan KDN ni...

sugeh said...

BOIKOT HISHAM

Sebuah Perjuangan said...

Kengkadang PM rasa mcm kt negara yg diperintah pakatan pulak.. Mungkin PM hanyalah blogger kerdil untuk menyuarakan ketidakpuasan ini. Semoga DS Najib dapat mengetahui keluhan insan kerdil seperti PM ini. PM suarakan ini adalah kerana PM sayangkan Malaysia.

Anonymous said...

apadah jdi dgn kdn ni..pembangkang yang dah terang2 langar undang2 masih nak berlembut..sampai bila..dah meluat dengar dari dulu lagi..apa yang ditakut sangat dengan kuasa yang ada..

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013