LIVE @WARTARAKYAT

Wednesday, 31 October 2012

Artis Malaysia Terpaksa Nikah Selepas Sah Mengandung!!!


Kebanyakan artis kita sekarang sudah setaraf dengan artis dari barat.

Pada hakikatnya perlakuan mereka sahaja yang boleh dikategorikan setaraf dengan artis barat namun tahap lakonan atau nyanyian pula tidaklah sehebat mana.

Sungguhpun begitu, PM tidak nafikan kehebatan sebahagian artis kita yang PM rasakan  berupaya menandingi artis luar.

Antara lain- lain pencapaian artis kita termasuklah seperti petikan seperti yang PM kongsikan di bawah ini;

IBARATNYA sebelum pecah air ketuban, baik pecahkan kompang dulu dan berarak naik pelamin. Bagus juga jalan penyelesaian begitu, setidak-tidaknya satu nyawa yang tak berdosa dapat diselamatkan. 
Ternganga bak badak air jugalah mulut Diva apabila mendengar khabar angin pasal seorang artis yang dikatakan hamil hasil asmara luar nikah bersama kekasihnya.

Mujurlah mereka sudah sepakat untuk sama-sama bertanggungjawab. Berani buat berani tanggung.

Benda dah jadi, tak perlu tambah satu lagi kesilapan seperti menggugurkan kandungan atau lebih parah, membuang bayi. 
Diam-diam artis berkenaan membuat persiapan kahwin dan akan bernikah sebelum perutnya ketara memboyot.

Dekat atau jauh lagi tarikh nikahnya, Diva nak simpanlah. Baru ada kejutan sikit.

Dengarnya, usia budak dalam perut itu sudah terlebih waktu untuk diisytiharkan bunting pelamin, jadi artis itu awal-awal lagi merancang 'lokasi persembunyiannya' sementara menunggu dia bersalin dan habis berpantang.

Jadi orang taklah perasan sangat kalau dia tiba-tiba hilang daripada dunia hiburan tanah air.

Diva:Ada selebriti sanggup lepaskan tanggungjawab terhadap anak-anak demi cinta baharu.

Credits: kosmo.com.my

No comments:

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013