LIVE @WARTARAKYAT

Friday, 23 November 2012

Eksklusif!!! Perwatakan Anak Lelaki Ustaz Azhar Idrus Menyerupai Perempuan?


Sejak semalam, PM lihat cybertroopers upahan Pakatan Rakyat menyeringai sakan apabila ada sesetengah individu mempertikaikan anak kecil Ustaz Azhar Idrus yang disangka perempuan dan tidak memakai tudung ketika menjamu selera di sebuah restoran makanan segera.

Sememangnya jika dinilai semula, anak Ustaz Azhar Idrus masih belum baligh untuk mengenakan tudung. Namun tidaklah pula menjadi kesalahan sekiranya ingin dipraktikkan sejak dari kecil.

Sebaik sahaja dipertikai berhubung isu pemakaian tudung ke atas anak kecil itu, cybertroopers Pakatan Rakyat mula memainkan peranan untuk membetulkan keadaan;




Namun disebaliknya, tindakan mulia cybertroopers itu yang pada awalnya mahu mempertahankan Ustaz Azhar Idrus, timbul pula satu isu lain yang secara tidak sengaja diciptakan mereka.

Kalau betullah anak kecil yang dimaksudkan itu adalah seorang lelaki, ini yang mahu PM tanyakan;

Bolehkah anak kepada seorang Ustaz terkenal yang secara zahirnya adalah lelaki kelihatan seakan- akan seperti perempuan pada penampilannya yang berambut panjang?

Bukannya apa, selaku seorang yang bergelar Ustaz yang mempunyai pengikut ribuan orang, rasanya Ustaz Azhar Idrus seharusnya mendidik anaknya sebaik mungkin dan membetulkan apa yang difikirkan perlu.

PM bukan mahu mempertikaikan cara Ustaz Azhar mendidik anak, cuma terpanggil untuk menegur diri PM sendiri dan menegur sesama saudara seagama. 

Dalam menyatakan isu berkaitan wanita menyerupai lelaki, majoroti ulama" bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki. Sabda Rasulullah SAW : 

 عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء  

Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari) Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.  


Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-"Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai"il Lil Nisa" menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki. Sabda Rasulullah SAW 

 عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل 

Maksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud)  


Sekiranya masih ada yang mahu dan berhajat untuk mendalami ilmu agama berkaitan hukum hakam apabila lelaki atau perempuan menyerupai kaum yang bukan sejenisnya, KLIK SINI.

Malahan, UAI sendiri pernah menyuarakan pendapat berhubung perkara yang hampir sama suatu waktu dahulu apabila ditanya salah seorang pengikut di laman facebooknya.




Sungguhpun anak itu masih kecil, tak salah rasanya kalau nak melentur buluh sejak dari rebung kan?

Ish.. Guano demo?

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013