LIVE @WARTARAKYAT

Sunday, 11 November 2012

Pakatan Rakyat Selangor Joli Duit Rakyat Buat Main Golf?!!!


Sebelum ini, pemegang mohor besar Pakatan Rakyat seringkali menuding jari mengatakan bahawa kerajaan persekutuan yang dipimpin Barisan Nasional boros menghabiskan duit rakyat.

Pendedahan terbaru yang dilakukan Dato' Dr Hasan Ali bahawa gaji yang diterima setiap exco yang mencecah sehingga RM 80,000.00 sebulan tidak termasuk elaun "khas" bermain golf sebanyak RM 7,000.00 sebulan dan elaun "khas" percutian bernilai RM 40,000.00 mula memperlihatkan perlakuan sebenar mereka.


Sebenarnya, segala tuduhan yang dilakukan terhadap kerajaan persekutuan yang dilakukan mereka- mereka ini tidak lebih sekadar mahu menutup tembelang mereka yang kian membusuk.

KUALA LUMPUR 10 Nov - Pendapatan bulanan exco negeri Selangor merupakan diantara pendapatan yang termahal di Malaysia selain mendapat pelbagai keistimewaan sampingan yang diberi oleh anak syarikat untuk exco negeri Selangor. 
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata buat masa kini gaji exco negeri Selangor merupakan gaji yang paling tertinggi di Malaysia bahkan mendapat keistimewaan lain daripada pelbagai sudut. 
"Kalau betul-betul nak mempertahankan gaji exco yang paling lumayan di Malaysia ini ialah di negeri Selangor yang dibayar sebanyak RM70,000 sehingga Rm80,000 sebulan. 
"Exco Selangor turut membayar duit pemimpin yang bermain golf sekitar RM7,000 sebulan serta percutian tahunan yang dianggarkan bernilai RM40,000 turut dibayar,"katanya ketika berucap di satu Majlis Wacana Mengembalikan Pas Ke Landasan Asal di sini hari ini. 
Justeru itu, beliau menegaskan perjuangannya yang ditanam semenjak beliau masuk kedalam PAS adalah lebih baik daripada wang ringgit dan keistimewaan sampingan yang diberikan untuk exco negeri Selangor itu. 
"Saya tinggalkan semua itu kerana saya fikir perjuangan lebih mulia dari bentuk wang ringgit yang diberikan sebagaimana yang disebutkan tadi," ujarnya. -KLpos


No comments:

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013