LIVE @WARTARAKYAT

Monday, 31 December 2012

21 Gambar NGERI Sekitar Kemalangan Yang Meragut Nyawa Jururawat Muda


KM 431.4 Lebuhraya Utara Selatan arah Rawang selepas susur Bukit Beruntung Hulu Selangor, Selangor 30 Disember 2012 
7.30 pagi 

Nama mangsa : Norhamiza Abd Rani , 34 tahun, Jururawat di Pusat Perubatan UKM


Kemalangan di laluan Bayangan Maut dan lokasi sama (KM 431.4) pernah dicatatkan di dalam ondscene sebelum ini:



Kemalangan ini berlaku membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna, Perodua Alza dinaiki sekeluarga 5 orang.


Mereka dalam perjalanan dari Jitra Kedah menuju Kuala Lumpur.


Sebelumnya, keluarga ini pulang bercuti di kampung selama seminggu dan pulang ke rumah mereka di Cheras hari ini.


Siasatan awal polis mendapati, kenderaan ini hilang kawalan setelah tayar hadapan sebelah kirinya tiba-tiba pecah

.


Akibatnya, Alza ini terbabas dan memasuki laluan kecemasan sebelum merempuh besi penghadang lebuhraya.


Pemandu kereta, berusia 34 tahun dan 3 anaknya terselamat.


2 darinya mengalami kecederaan ringan dan mereka semua dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk rawatan lanjut.


Bagaimanapun, isterinya, yang duduk di bahagian belakang, maut di tempat kejadian.


Mangsa dikenali sebagai Norhamiza Abd Rani, 34 tahun, seorang jururawat di Pusat Perubatan UKM, Cheras.


Mayat Norhamiza dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.


Pada meter Perodua Alza ini, tercatat kelajuan terakhirnya terhenti pada 80km/jam.


Jika catatan pada meter ini benar, 80km/jam bukanlah diistilahkan sebagai laju dan ia tidak melebihi hadlaju yang dibenarkan.


Namun impak dari kemalangan ini kerana melanggar tepat pada bucu besi penghadang lebuhraya ini amat teruk kepada kenderaan.


Oleh itu, kepada anda yang selalu beria-ia benar dan dapat bermegah memandu pada kelajuan yang tentu sekali melebihi had yang dibenarkan, insaflah.


Impak akan menjadi lebih buruk dan mungkin mengorbankan lebih banyak nyawa kerana daya hentakan akan menjadi lebih teruk pada kelajuan lebih tinggi.


Walaupun benar ajal maut adalah kuasa Allah, tetapi kita harus sentiasa berwaspada dan berhati-hati – tayar juga tiada meter 



.


Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013