LIVE @WARTARAKYAT

Saturday, 1 December 2012

Panas!!! DAP, PKR Sahut Cabaran, Setuju Masukkan Hudud Ke Dalam Manifesto PRU13? #PAU2012

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Perwakilan UMNO dari Kelantan, Mohd Afandi Yusoff berkata, Pas perlu melaksanakan hudud di Kelantan terlebih dulu serta menjadikan hukum hudud sebagai satu manifesto Pakatan Pembangkang pada pilihanraya umum yang akan datang sekiranya parti tersebut benar-benar parti anak jantan.

Jelasnya, baru-baru ini perwakilan Pas bercakap tentang perlaksanaan hukum hudud di dalam muktamar parti tersebut sedangkan hakikatnya hukum hudud tidak termasuk di dalam agenda buku jingga yang menjadi pegangan Pakatan Pembangkang.

“Kalau benar Pas nak buat hudud, maka UMNO menyambut baik tentang hal itu. Jelas, bahawa hudud adalah hukum Allah dan kita sebagai umat Islam tentulah akur dengannya. Kalau benar Pas nak buat hudud, laksanalah dulu di Kelantan. Dulu mereka kata, jika menang dalam pilihanraya, sebelum ayam berkokok mereka akan laksanakan hudud, tapi kini sudah 22 tahun masih tidak ada sebarang usaha ke arah itu.

“Tapi hari ini, apabila Pas kata nak buat, mereka ditentang oleh DAP secara terbuka. Jika benar Pas ini parti anak jantan, kita cabar mereka untuk perjuangkan meletakkan hukum hudud agar termasuk di dalam manifesto Pakatan Pembangkang.

“Kalau itu pun tidak mampu mereka buat, maka Pas tidak lain hanya menjadi parti barua di dalam Pakatan Pembangkang,” tegas beliau ketika katanya ketika mencadangkan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini hari ini.

Justeru itu, beliau meminta agar parti tersebut kembali kepada perjuangan asal mereka iaitu untuk menegakkan negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud dan bukannya tunduk kepada DAP dan PKR sehingga terpaksa mengubah perjuangan mereka dari Negara Islam kepada negara berkebajikan.

“Hari ini apa lagi yang umat Islam boleh harapkan pada Pas. Negara Islam tidak lagi menjadi perjuangan parti Pas. Mereka takut kepada DAP sebab itu mereka tukar kepada negara kebajikan. Bila perwakilan mereka sendiri bertanya apa pentafsiran atau huraian disebalik negara kebajikan, kepimpinan Pas tak mampu jawab.

“Bila perwakilan Pas desak agar parti tersebut kembali kepada perjuangan menegakkan negara Islam, kepimpinan Pas tidak mampu nak jawab. Bila Nurul Izzah kata Melayu bebas piliha agama, kepimpinan Pas kata itu perkara kecik! Jadi apa lagi yang boleh kita harapkan pada Pas untuk membela Islam, bangsa dan negara,” tegasnya. -MediaUMNO

No comments:

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013