LIVE @WARTARAKYAT

Thursday, 27 December 2012

[VIDEO] Zed Zaidi Sangkal Persepsi Buruk Terhadap Kerajaan Yang Cuba Dibawa Abby Abadi


Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa artis yang menyatakan sokongan secara terbuka kepada pembangkang akan digam.

Sebaliknya menurut beliau, perkara tersebut hanyalah helah yang digunakan pihak tertentu di dalam mengelirukan rakyat selain untuk menarik golongan artis memberikan sokongan kepada parti-parti pembangkang.


Sekiranya benar ada artis yang pernah digam kerana perkara tersebut katanya, beliau meminta supaya mereka mengemukakan surat yang menyatakan sedemikian kerana berdasarkan kepada prosedur, surat akan dikeluarkan kepada seseorang artis itu sekiranya mereka digam.

“Saya pernah diajukan persoalan mengenai artis yang sertai pembangkang kena gam. Saya jawab siapa kata dia kena gam? Ini persepsi anda, persepsi masyarakat..kalau kena gam, mesti ada surat..mana suratnya?

“Ini persepsi sahaja..Sebenarnya tidak ada orang pun kena gam (kerana menyertai parti pembangkang)..Ini sengaja, ini helah cuba mengelirukan rakyat supaya artis akan lebih pergi kepada pembangkang. Jadi saya rasa itu tidak betullah. Jadi tugas saya adalah untuk membetulkan kembali keadaan,” kata Zed ataupun nama sebenarnya Rozaidi Jamil ketika ditemui Antarapos semalam.

Menegaskan hak untuk menyertai mana-mana parti politik sebagai hak individu, beliau bagaimanapun menegur sikap sesetengah artis yang dilihat kerap menghina kerajaan di dalam ceramah-ceramah politik mereka.

Menurut beliau, pihaknya tidak mempunyai masalah sekiranya seseorang artis itu mahu membantu parti mereka tetapi mengingatkan mereka supaya tidak menjurus sehingga melanggar peruntukan undang-undang negara.

“Dalam undang-undang negara kita pun kalau anda nak menyertai mana-mana parti politik pun tak kisah, itu hak individu. Dan dalam masa yang sama, bila anda membantu parti politik yang menaungi anda itu, tak kisah nak bercerita pengalaman mengapa anda menyertai parti politik itu..kita tidak ada masalah.

“Tapi bila dia menyertai sesuatu parti politik itu, dia pergi menghina kerajaan. Maknanya, dalam peruntukan undang-undang pun sudah jelaskan tak kira samada pembangkang ataupun kerajaan, kalau membuat apa-apa ceramah, tidak boleh melibatkan sensitiviti agama, kaum, dan juga tak boleh hina kerajaan,” tegas Timbalan Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian Pergerakan Pemuda Umno Malaysia itu.

Islam juga tegas beliau menegah umatnya daripada mengutuk sesama Islam. Justeru, pelakon Sembilu Kasih ini menyeru mana-mana artis supaya tidak mengelirukan rakyat dan menghina sesama Islam di dalam membantu parti mereka.

“Islam sesama Islam tidak mengajar Islam untuk mengutuk Islam..Dia tidak mengajar Islam untuk berperang dengan Islam. Kalau anda (sokong) mana-mana parti politik pun, kalau anda fikir parti itu memang dekat dengan anda dan anda bercerita tentang sejarahnya, perjuangan anda dengannya, jangan kutuk dan hina sebab Islam tak mengajar kita untuk mengutuk dan menghina.

“Jadi bawa perjuangan yang sebenar supaya anda dapat membantu parti anda dan tidak mengelirukan rakyat dan tidak menghina sesama Islam itu sendiri,” gesanya.

Selain itu, Zed turut menegaskan yang beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan artis-artis yang menyokong pembangkang walaupun dirinya mempunyai kedudukan di dalam Umno.

“Hak untuk menyertai mana-mana parti itu hak individu, saya tidak boleh halang..Tapi yang saya pasti, artis saya (Seniman) tetap Umno (sejak) dulu, kini dan selamanya,” katanya. -antarapos / kedahkekl

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013