LIVE @WARTARAKYAT

Thursday, 31 January 2013

Kematian William : Pembunuh Bersiri Terlibat?!!!


Kematian William melibatkan pembunuh bersiri? Itulah persepsi terbaru yang timbul berhubung kes tersebut.

PETALING JAYA: Polis tidak menolak kemungkinan bahawa kanak-kanak malang, William Yau Zhen Zhong mungkin menjadi mangsa pembunuh kanak-kanak. 
Mesej teks amaran kepada orang ramai mengenai seorang pembunuh bersiri yang mencari mangsa di kalangan kanak-kanak mula tersebar sejak kehilangan William. 
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata, polis tidak menolak kemungkinan berkenaan namun siasatan lanjut perlu dilakukan bagi menentukan kesahuhan dakwaan itu. 
“Setakat ini kami belum menerima apa-apa laporan polis mengenai mesej sebegitu. Kami berharap mereka yang menerima mesej teks berkenaan akan tampil kepada polis,” katanya pada sidang media selepas pelancaran kempen Kampus Kepolisan di Sunway University di sini. Selasa. 
William dilaporkan hilang pada 16 Januari di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya.
Dia dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik. 
Pada hari bedah siasat pada 25 Januari, ibu bapa William mengesahkan mayat kanak-kanak itu sebagai anak mereka berdasarkan dua parut di belakang kepala dan satu di dahi selain seluar dalam yang dipakainya. 
-Mstar

No comments:

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013