Semakin lama, admin perhatikan pembawakan dan halatuju PAS dalam menegakkan agama semakin mendatangkan kecelaruan dan kekeliruan.
Ustazah mee segera bimbingan PAS semalam sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang agak mengejutkan, lihat sahaja printscreen yang disediakan di bawah ini;
Untuk bersangka baik, admin jangkakan Abby masih belum benar- benar jelas tentang Islam, maka untuk menegurnya, admin sertakan Firman Allah seperti di bawah untuk pedoman kita bersama.
Firman Allah Jalla wa ‘Ala (Surah Al-Taubah; ayat 84) yang bermaksud, “Dan janganlah kamu sekali-kali menunaikan solat (jenazah) ke atas seorang yang mati di kalangan mereka dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya, dan mereka mati dalam keadaan fasiq”.
Berdasarkan riwayat Abdullah bin Umar r.a. bahawa ayat ini diturunkan oleh Allah Azza wa Jalla ekoran peristiwa kematian Abdullah bin Ubay bin Salul (ketua munafiq) dan jenazahnya disolatkan oleh Nabi SAW walaupun tidak dipersetujui oleh Umar Al-Khattab r.a. (Lihat Fathul Bari, Ibnu Hajar Al-Asqalani, 8/270). Turunnya ayat ini menunjukkan pendapat Umar Al-Khattab r.a adalah benar.



1 comment:
APA SALAHNYA, TUHAN PAS DGN TUHAN DAP KAN SAMA JE.... BUAT KAT MANA2 PUN BOLEH TAPI NAK LEBIH "AFDAL" BUAT LA KAT TOKONG ULAR ATAU TOKONG BABI KAT PENANG TU.... hahahaha
Post a Comment