LIVE @WARTARAKYAT

Tuesday, 12 February 2013

Menyedihkan... Lagi Video @NajibRazak Dimalukan Ketika Sambutan #CNY Semalam...


Semalam, rata- rata blog pro pembangkang yang admin kunjungi memperkatakan tentang DS Najib dimalukan apabila pertanyaan ikhlasnya disambut dengan reaksi yang tidak dijangkakan rakyat Pulau Pinang.

Untuk meyakinkan pembaca blog masing- masing mereka turut menyertakan sebuah klip video untuk dijadikan bukti.

Pada pengamatan admin, blog yang pertama sekali menyiarkan isu berkenaan adalah www.rindok.com (KLIK SINI). Mungkinkah admin blog tersebut lebih pro pakatan? Wallahualam.

Sebagai jawapan balas, admin tindak mahu untuk menyalahkan sepenuhnya entri yang dikeluarkan blog tersebut. Mungkin kedudukan lokasinya ketika merakamkan peristiwa tersebut dikelilingi oleh orang yang juga pro pakatan, maka disebabkan itu laungan "yes" hadirin yang lain tenggelam disebabkan orang disekelilingnya memekik "no".

Ketika pertanyaan itu diajukan, admin berada benar- benar bersebelahan dengan jurukamera dari portal warta rakyat. Malahan penelitian semula yang dilakukan (tanpa sebarang editan), ini adalah hasil yang dapat admin kongsikan bersama pembaca;




Berdasarkan video di atas, jelas menunjukkan bahawa kebanyakan hadirin yang menjawab "yes", dan ada juga yang menjawab sebaliknya, (minit 1:57).

Sememangnya majlis itu turut dihadiri penyokong tegar Pakatan Rakyat sebagaimana yang admin dedahkan sebelumnya (KLIK SINI). Maka tidak hairanlah sekiranya ini berlaku.

Mereka juga menuduh TV3 mengedit semula video tersebut sebelum dipaparkan kepada penonton, persoalannya sekarang, apakah mungkin video yang memaparkan kebanyakan hadirin mengungkapkan perkataan "no" itu sebenarnya diedit?

Video di atas juga membuktikan bahawa lokasi rakaman dibuat turut memainkan peranan yang penting untuk memberikan maklumat yang telus kepada pembaca.

Namun begitu, disebalik semua ini, terbukti Pakatan Rakyat akan melakukan segalanya bagi memesongkan perhatian rakyat terhadap kebaikan yang cuba dilakukan Kerajaan Barisan Nasional.

Bagi yang mahu dan berhajat untuk mengetahui sikap dan perangai buruk pemimpin Pakatan Rakyat, tonton klip yang disediakan sahabat blogger MyMassa ini;


No comments:

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013