LIVE @WARTARAKYAT

Thursday, 7 March 2013

Mungkinkah Ini Kebetulan? Sebagai Simbol Perjuangan, Pakatan Rakyat Sumbang Logo Kepada Nur Misuari? #PrayForSabah #LahadDatu


Sebelum mengarang panjang lebar, admin ingin menjemput semua pembaca untuk terus KE SINI terlebih dahulu dan layari serta nilaikan setiap pengisiannya. Mungkin bakal ada nanti yang mengatakan bahawa laman tersebut bukanlah laman rasmi kepada Nur Misuari. Namun apa yang admin ingin tegaskan di sini, pengisian laman tersebut adalah selari dengan sejarah perjuangan beliau.

Apa yang admin bakal kongsikan ini juga bersangkut paut dengan pengisian yang terdapat di halaman itu.

Sekalipun Nur Misuari pernah menafikan penglibatannya dengan insiden berdarah yang berlaku di Lahad Datu itu melalui media, pengisian laman tersebut mendedahkan tentang keperdulian beliau berhubung isu itu.


Malahan melalui sebahagian entri dan gambar yang dikongsikan melalui laman itu menyerlahkan lagi sokongannya terhadap tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.




Lebih menggerunkan, paparan daripada laman tersebut juga dilihat seakan- akan mengesahkan laporan yang dikeluarkan Reuters, The Manila Times dan The Enquirer News yang mengatakan bahawa insiden ini berlaku adalah juga berpunca daripada sikap biadap Pakatan Rakyat.

Logo yang terpapar di halaman tersebut

Tidakkah logo yang dipaparkan di halaman tersebut seperti yang admin kongsikan di atas seperti begitu terbiasa disajikan dimana- mana?

Untuk memudahkan pembaca mengingatinya semula, admin kongsikan visual di bawah;

Simbol tangan yang hampir sama diantara mereka

Apakah mungkin logo bersimbolkan tangan ini digunakan secara kebetulan? Atau adakah ia digunakan kerana mempunyai penglibatan Pakatan Rakyat di dalamnya?

Jika mahu disenaraikan, sudah terlalu banyak insiden dan kebetulan yang perlu dijelaskan oleh Anwar Ibrahim. Bermula dari kehilangan jam Omega sehinggalah tersebarnya gambar pertemuan sulitnya bersama Nur Misuari seperti yang didedahkan beberapa media termasuklah laman ini.

Jika Karpal Singh pernah mengatakan "Anwar Ibrahim harus bertaubat", admin ingin menambah ayat yang dituturkan itu dengan "Anwar Ibrahim harus jelaskan!!!"

1 comment:

Nico Bellic said...

nur misuari ngan anwar kan mcm adik beradik. muka pun dh hampir mirip

Kiram boleh diserahkan kepada Malaysia

Komando USA dalang Lahad Datu ?

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013