LIVE @WARTARAKYAT

Thursday, 7 March 2013

(Video Yang Dinanti) Sepanjang Proses Pencerahan Di #LahadDatu #PrayForSabah #Semporna #Kudat


Admin percaya, kebanyakan rakyat Malaysia yang prihatin dan bersimpati dengan nasib malang yang menimpa masyarakat setempat lantaran insiden berdarah yang berlaku di Lahad Datu dan Semporna akan ternanti- nanti maklumat terkini untuk disajikan.

Untuk itu, admin tampilkan video klip ini yang memaparkan keseluruhan kronologi sejak bermulanya pendudukan puak pendatang sehinggalah insiden itu diselesaikan dengan jayanya oleh pasukan keselamatan negara.




Namun begitu, amat mendukacitakan admin adalah sikap kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat yang lebih selesa mempolitikkan kesusahan yang dialami rakyat Sabah pada masa ini.

Sekalipun penglibatan mereka sudah disahkan kebanyakan media antarabangsa seperti Reuters, The Manila Times mahupun The Inquirer News, mereka dilihat lebih senang untuk menuding jari kepada UMNO/BN.

Lebih menjengkelkan, tindakan Kerajaan yang cuba berdiplomasi pada awalnya menerima pelbagai kecaman dengan mengatakan bahawa insiden ini adalah konspirasi dari UMNO/BN. Malah, tindakan tegas pasukan keselamatan yang memulakan operasi ketenteraan di lokasi berkenaan juga turut digelarkan sebagai tindakan pengecut.

Mahukah kita untuk dipimpin oleh Perdana Menteri biadap hasil didikan Pakatan Rakyat selepas PRU13 nanti?

Sekiranya ada yang menjawap ya, admin sarankan agar segera mendapatkan temujanji dengan pakar otak kerana hanya orang yang rosak pemikirannya sahaja yang sanggup diketuai manusia seperti ini.

No comments:

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013