LIVE @WARTARAKYAT

Monday, 17 June 2013

Gambar PEMBUNUHAN KEJAM Di Felda Sahabat, Lahad Datu Semalam Berkaitan DENDAM SULU?!!!


“Saya menafikan sekeras-kerasnya pembunuhan lelaki ini ada kaitan dengan dendam yang dibuat oleh kaum Sulu.”

Itulah kenyataan yang dibuat Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Shamsudin Mat mengenai kes kematian seorang lelaki di Felda Sahabat 10 di Lahad Datu, pagi semalam.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki berumur 27 tahun ditemui mati oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Fajering di atas jalan raya, kira-kira 1.5 kilometer daripada Balai Polis Cenderawasih.

Katanya, daripada laporan tersebut, sepasukan anggota forensik daripada Balai Polis Cenderawasih bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, berdasarkan siasatan forensik mendapati kepala mangsa pecah dan terdapat kesan lubang di bahagian perut sebelah kanan.

“Kami percaya bahawa mangsa ditikam di perut dengan senjata tajam,” katanya ketika dihubungi wartawan Sinar Harian.

Susulan kes tersebut, seorang lelaki yang berumur 39 tahun dipercayai suspek kes ini ditahan bagi membantu siasatan.

“Suspek dipercayai orang terakhir bersama mangsa kerana suspek dipercayai datang ke rumah suspek di Felda Sahabat 42 untuk mengajak suspek keluar ke kedai untuk minum.

“Selain itu, terdapat kesan darah di bawah kenderaan suspek dan pihak polis merampas kenderaan milik suspek,” katanya.

Shamsudin berkata, mayat mangsa sudah dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Katanya, pihak polis masih lagi menyiasat motif kes ini dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori. SH

No comments:

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013