LIVE @WARTARAKYAT

Tuesday, 9 July 2013

BONUS Hari Raya : KAKITANGAN AWAM, PESARA Peroleh SETENGAH BULAN GAJI!!! @NajibRazak


Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. 

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua pesara kerajaan. 

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan. 

Pemberian bonus dan bayaran khas berkenaan akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan. 

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan. 

Katanya, bayaran itu akan membabitkan anggaran perbelanjaan RM2.2 bilion. 

Perdana Menteri berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu adalah penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan. 
Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan, katanya lagi. 

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. 

Najib berkata, pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.~Berita Harian

Sebahagian besar mempertikaikan janji yang dibuat oleh DS Najib Razak ini, kononnya ia dibuat pada tarikh yang kurang sesuai dan hanya diumumkan untuk meraih undi.

Namun begitu, bagi admin yang bergerak bersama agenda transformasi yang dibawa DS Najib, admin yakin ia bukanlah sekadar janji yang mudah untuk dimungkiri.

7 comments:

Anonymous said...

ape punya penipu la, 9 ogos hari raya kedua la,pundek punye blogger

Sebuah Perjuangan said...

Rileks bro...
Anwar menipu korang diamkan je...
Admin bawa cerita betul x nak percaya...
Memang sah pengikut Anwar nih bodow belake... hehehehe...
Jangan marah haaaa...

Anonymous said...

bajet 2013 negeri selangor Rm 1.6 billion abis dlm masa 5 bulan shj,mintak tambah peruntukan,dpt Rm 500 juta.Hakikatnya di negeri selangor,bajet abis,apa lancau pun tak nmpk.Pemberian bonus Rm 500 utk kakitangan kerajaan,melibatkan kos Rm 2.2 billion.Belanja beri bonus kita faham la, ttg aliran wang ke mana utk berbelanja dan gerakkan aktiviti2 ekonomi dgn sekata.

fadli ahmad said...

Mohon pencerahan cz 9 ogos hari raya..tp ni sumber berita harian..tlg confirmkan.tq

ahmad zikron said...

bagus la bagi lepas raya..boleh la menampung perbelanjaan sebelum dapat gaji sebab gaji bulan julai berserta kenaikan tahunan yang diawalkan tu mesti dah habis buat belanja raya..kalau bagi awal pun, kalau tak pandai nak kawal nafsu belanja mmg makan kuih raya, kacang jela lepas raya..tu pun kalau ada kuih raya..kalau tak minum air teh o jela dari paip air..

Anonymous said...

haha..ni thn lps unyer ar..

Anonymous said...

Anon 14 July 2013 00:25;

Maaf ye, bulan2 puasa ni nak mengata sikit...

Kalau bangang pun janganlah ditunjuk terang- terangan sangat.

Sebelum komen, try check habis- habis dulu... artikel Berita Harian tu tarikh bila?

Jangan nak main serbu tak tentu pasal je ye...

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013