LIVE @WARTARAKYAT

Friday, 2 August 2013

Sedih; Wanita Dan Bayi Dalam Kandungan Maut Disebabkan Makan Lemang...


Apa yang akan admin kongsikan ini dipetik dari sebuah blog lain.

Namun begitu admin gagal untuk pastikan kesahihannya. Sungguhpun begitu, admin berpandangan bahawa apa yang dikongsikan itu adalah baik untuk dijadikan pedoman.

Jom baca artikel blog tersebut;

Jangan terkejut kerana kes ni memang terjadi kat Kedah. Seorang wanita n bayi lelaki meninggal dalam perut sbb lemang. 
Biasalakan kalau wanita mengandung ni mengidam macam macam. dan wanita dalam cerita ni mengidam lemang. Jadi si suami pergi ke salah satu tempat yg dirahsiakan untuk beli lemang. 
Then balik rumah untuk bebuka puasa. Wanita td belum sempat si suami belah lemang tu dia terus mencubit sikit2 lemang yg ada diluar buluh lemang.kan ada gak kdg2 kita tgok ada skit2 kat atas buluh lemang tu kan. Dan secara tiba2 mulut wanita tu berbuih. Tanpa sempat membelah lemang tu terus si suami membawa isteri dia ke hospital. 
Amat sedih sekali sebab doktor sahkan wanita iti dan babynya telah meniggal dunia. Doktor sahkan kerana wanita itu ada termakan racun berbisa. 
Si suami teringat makanan yg dimakan sebelum terjadinya perkara tu.

Balik rumah n belah lemang tu baru dia dapat tau yg ular tedung selar ada dalam buluh lemang tu. AstaghfirullahalAzim. 
Hati hati semua n diri sendiri pun kena beringat. bukan je lemang binatang tu bleh masuk, contoh cerek air pun kena beringat. sbb kes tu pun ada. masak air tanpa tengok dalam cerek. Masak n guna air tu minum dan mati sbb termakan bisa ular. Nauzubillah. Hindari lah keluarga kami dari musibah ituYa Allah 
~SUMBER

Mungkin bakal ada yang merasakan apa yang dikongsikan itu adalah sesuatu yang merepek, namun bagi admin ia adalah satu info berguna yang boleh dijadikan pedoman ketika membeli lemang untuk berhari raya.

3 comments:

Anonymous said...

Maaf yer. Cerita ini palsu. Untuk makluman, ular amat pantang dengan buluh. Fore sure dia x masuk dalam buluh. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Anonymous said...

Racun ular akan terlerai apabila kena suhu tinggi. Jadi kalau ular beracun dimasak, racunnya akan hilang - sila google untuk kepastian.
Berdasarkan fakta ini, mustahil kejadian ini berlaku. Bertaubatlah mereka-mereka yang menyebarkan internet hoax ni.

elsa said...

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130810/dn_06/Wanita-hamil-mati-makan-lemang-tidak-benar---Polis

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013