LIVE @WARTARAKYAT

Friday, 11 October 2013

Bajet 2014 : KAKITANGAN AWAM TERIMA BONUS 2 BULAN GAJI!!!?


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan memperuntuk pemberian bonus dua bulan dan menaikkan beberapa elaun tetap termasuk perumahan dan sara hidup kepada 1.4 juta penjawat awam dalam Bajet 2014.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kerajaan perlu memberi bonus dan kenaikan elaun itu berikutan peningkatan kos sara hidup terutamanya setelah subsidi petrol dikurangkan baru-baru ini.

Menurutnya Cuepacs amat berharap imbuhan tetap perumahan dinaikkan mengikut gred setelah 15 tahun berada pada paras sama selain mengambil kira ketidakmampuan golongan rendah dan sederhana memiliki rumah berikutan harga semakin meningkat kini.

Cuepacs turut memohon elaun sara hidup (Cola) antara kawasan bandar dan luar bandar diselaraskan kepada RM300 kerana kos sara hidup di semua kawasan tidak banyak berbeza.

Kongres itu juga mahukan kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan untuk penjawat awam daripada 4 peratus kepada 1 peratus berikutan kenaikan harga rumah.

Sementara itu, Omar berkata, Cuepacs menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengenai pelepasan cukai untuk golongan berpendapatan sederhana yang dijangka diumum dalam bajet kali ini.

Bagaimanapun, Omar berharap kerajaan dapat memberikan lebih banyak mekanisme subsidi kepada golongan itu kerana mereka tidak layak menerima bantuan lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinikmati golongan berpendapatan rendah.

"Sudah tentu ini berita gembira buat kita jika ia diumumkan. Namun, kita berharap lebih banyak bantuan atau subsidi lain diumum untuk penjawat awam," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Bajet 2014 pada 25 Oktober ini. - Bernama

9 comments:

Anonymous said...

Setuju

Anonymous said...

lain crete dia ni takda dlm otak dia ,,,,naik gaji,,,pretasi kerja
tolong cek kakitangan jururawat dihospital kuala kubu tidak msra dia rasa dia kebal tak sakit ,,,, zaman nyombong dah lama mampus ,,,,ni president kongres u gi cek

Retro 8 said...

Ceupec tak rasa malu ker dengan Lapuran PAC baru baru ni banyak penyelewengan berlaku masih nak minta bonus dan naik gaji....

Anonymous said...

Tiap-tiap tahun bila nak bentang bajet je, adalah cerita kakitangan awam minta bonus. Tak ada masaalah kalau beri bonus kepada kakitangan awam tapi lihatlah scenario-scenario berikut di pejabat-pejabat kerajaan walaupun tiap-tiap tahun dapat bonus.

1. Masuk pejabat sepatutnya pukul 8.00 pagi tapi pukul 8.30 pagi masih dikantin.
2. Pukul 10.00 pagi rehat dan keluar minum lagi.
3. Waktu makan tengahari pukul 12.45 t/hari, pukul 12.15 dah keluar. Pukul 2.00 sepatutnya masuk pejabat semula tapi pukul 2.30 belum nampak batang hidung.
4. Kalau kita ada mesyuarat dengan pejabat-pejabat kerajaan. Dalam notis mesyuarat kata mesyuarat bermula pukul 9.30 pagi tapi pukul 10.00 pagi tak nampak batang hidung lagi dalam bilik mesyuarat walaupun para jemputan dari sektor swasta sudah datang tepat pada waktunya. Kalau mesyuarat sepatutnya bermula pukul 2.30 petang, pukul 3.00 ptg belum bermula lagi.
5. Pengarah-Pengarah dan Ketua-Ketua Pengarah pula setiap hari sebok menghadiri mesyuarat-mesyuarat, seminar-seminar,forum-forum dan lawatan-lawatan. Kerja sebenarnya tak buat sangat pun. Yang selalu dibuat tandatangan surat-surat, itu pun orang lain yang drafkan. Mereka ini lebih kepada " get things talked" (mesyuarat) bukan "get things done"(implementation).
6. Kalau kita pergi ke kaunter-kaunter pejabat/agensi kerajaan pula, layanannya saperti itu juga, tak ada perubahan dari segi attitude, masih tidak ada senyuman, muka yang masam, layan tak layan je. Nak tutup kaunter ikut suka-suka je. Yang berubah hanya secara fizikal iaitu bilik atau dewan kaunter yang lebih moden dengan penggunaan komputer. Lain sama je.
7. Pegawai-pegawainya jenis pilih bulu bila orang ramai nak berjumpa untuk menyelesaikan masaalah. Kalau yang datang tak berpangkat, disuruhnya orang-orang bawahan saja yang layan. kemudian dirujuknya daripada seorang pegawai kepada pegawai yang lain tapi masaalah orang awam tak selesai juga.

Kalau begini sikap kakitangan kerajaan, patutkah di beri bonus?

Anonymous said...

Hanya pendidik patut mendapat bonus ini.

Anonymous said...

cukup2 la cikgu oii.. cikgu dah dapat banyak kenaikan.. bagilah kat orang lain pulak..

Anonymous said...

Biasa le...org luar ni nampak org kerajaan makan minum kt kantin pada waktu bukan rehatje.... yg keje2 malam, x ada siapa yg amik tahu....

Yg penting, servis/sistem kerajaan yg diberikan sememangnya mantap.... Cth: byr bil bole kat mana2 trmasuk online (nk selenggara online pun org kerajaan gak)... 2.buat pasport skang dh 1 hari... dll...

dpt bonus pun Alhamdulillah..kalu x dpt pun, kakitangan kerajaan tetap bertugas sebaiknya....Insyaallah...

zulkarnai is an Army Personel.( Aree Bihunsup Ex Service ) said...

pesara tentera naik pencen kot huhuhu

Anonymous said...

Assalamualaikum...x payah berbalah atau asik x puas ati..rezki bukan pd tgn kite...kalo ade alhamdulillah. .xde pon alhamdulillah ape yg ade skang...jgn kite sombong n asik nk salahkn org...satu jari tuding kt org..empat lagi pada kite..fikir2kn..

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013